Sedapnya Kuah Kacang ni. Walaupun simple je tapi nampak sangat mengiurkan. Selain dinikmati di musim perayaan, ia juga sesuai dijadikan sajian harian. Makan dengan nasi impit di waktu pagi atau nikmati bersama sate untuk makan malam, memang enak. Bagi ibu yang sibuk resipi sedap yang mudah dimasak tentunya jadi pilihan. Nak cuba? Saudara Abdul Razak Abdul Rahim ada kongsikan resipi Kuah Kacamg paling ringkas yang boleh kita masak untuk keluarga.
RESIPI KUAH KACANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawang kacang tanah – goreng dan kisar – beli online disini
2 sudu teh pes asam jawa – beli online disini
Gula melaka @ gula putih – beli online disini
Garam secukup rasa
Sedikit santan
Air jika perlu
BAHAN KISAR:
3 batang serai
2 inci halia
2 biji bawang merah (besar) – beli online disini
Segenggam cili kering – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng kacang hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sejukkan seketika. Kemudian kisar kering.
2. Panaskan minyak dengan secukupnya. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa adabi tanpa biji. Masukkan sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah kacang terlalu masam.
4. Seterusnya masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar kering. Jika tidak pekat, boleh lebihkan kacang.
5. Kemudian masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam mengikut selera. Kuah kacang sedap kalau manis.
6. Masukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih sedap.
7. Teruskan memasak hingga kuah kacang pecah minyak sekali lagi.
8. Kuah kacang siap untuk dinikmati bersama nasi impit atau apa sahaja mengikut selera anda.
INFO:
Kredit resipi & foto: Abdul Razak Abdul Rahim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official