Siapa suka makan Rojak Sotong Kangkung? Ha… Sedap kan? Jika biasanya anda beli je hidangan ni, anda pun boleh buat secara homemade. Memang terlajak mudah rupanya nak buat. Kalau dibeli, harga sepinggan boleh mencecah RM5-Rm7 tau. Tak puas makan. Jom cuba buat sendiri! Anda pasti sukakan rasa kuah rojak ni. Sedap!
ROJAK SOTONG KANGKUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor sotong kembang | dicuci bersih
- 1 ikat kangkung muda | dicuci bersih
- Bijan panggang secukupnya – jika guna bijan biasa, goreng tanpa minyak terlebih dahulu
- Bawang goreng secukupnya – lebih sedap jika guna bawang yang digoreng segar
BAHAN SOS:
- 2 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 2 biji cili merah | tumbuk halus
- 4 sudu makan petis udang
- 2 sudu makan sos hoisin
- 2 sudu makan sos plum
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- Gula secukup rasa
- 1 cawan air
- Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan Rojak Sotong Kangkung, didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
- Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
- Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
- Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
- Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
- Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau. Barulah Rojak Sotong Kangkung anda rasa lebih sedap.