Cara Masak Kuetiau Goreng 15 Minit Dah Siap. Ikut Step By Step Ini Pasti Tak Lembik

Share

Masak kuetiau ni ada pelbagai cara. Ada yang suka versi basah dan sebaliknya. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Kali ni cheyah nak goreng kering je.Bahan pun simple sangat. Masa penyediaan pun lebih kuang 15 minit . Campak campak siap. Makan gerenti sedap.

KUETIAU GORENG KERING

Bahan-bahan diperlukan

1 mangkuk kue tiau
2 biji telur ayam gred B
1/2 mangkuk kecil taugeh


3-4 pohon daun kucai
5 biji cili hijau
5 ulas bawang putih – BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan sos tiram -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan sos cili
Sedikit kicap lemak manis -BELI ONLINE DI SINI
Garam dan gula secukup rasa

1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur macam ni. Cheyah lebih suka hancurkan telur di awal berbanding letak di akhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.

2. Bila telur dan nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.

3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.
4. Tambahkan garam sedikit sahaja.

4

5. Letak gula jika suka. Selalu kalau goreng mee or kue teow kena letak sebab baru balance dan sedap. Ini tip masa cheyah belajar dekat kedai siam.


6. Masukkan kue teow yang telah direndam, dibasuh, dibilas dan ditoskan.
7. Akhir sekali dah boleh masukkan sayur taugeh dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.
8. Dah siap! Sangat senangkan.


9. Perah asam limau kalau suka masam.


Kredit :Dapur Cheyah

Mahu bertukar peralatan memasak yang baru? Klik sini  banyak yang menarik boleh anda dapatkan.

 

Published by
Putri Adila Saari