Sedapnya kalau dapat makan Kuetiau Goreng panas-panas. Namun ramai yang ‘gerun’ untuk masak kuetiau goreng kerana hasilnya terlalu lembik dan hancur. Jangan susah hati kerana resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah boleh dicuba. Malah hasilnya nampak sempurna. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI KUETIAU GORENG RINGKAS
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kuetiau mentah
2 biji telur ayam gred B
1/2 mangkuk kecil taugeh
3-4 pohon daun kucai – hiris
5 biji cili padi hijau – tumbuk kasar
5 ulas bawang putih – tumbuk kasar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
Sedikit kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur macam ni. ( empunya resipi suka hancurkan telur diawal berbanding letak diakhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.)
2. Bila telur nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.
4. Tambahkan garam sedikit sahaja untuk melengkapkan rasa. Boleh juga letakkan gula jika suka. Selalu kalau goreng mi atau kuetiau, kena letak sedikit supaya rasa jadi seimbang dan sedap. ( Ini tip masa empunya resipi belajar dekat kedai siam.)
5. Masukkan kuetiau yang telah direndam seketika, dibasuh, dibilas dan ditoskan.
Ads
6. Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.
7. Siap. Sedia untuk dinikmati.
Ads
8. Jika suka rasa masam, boleh perah jus limau nipis sebelum dinikmati.
Orang utara mesti tau ni masak apa..ni namanya masak parpu teloq. Kalau masak parpu teloq ni mesti nak boh teloq rebuih dgn teloq pecah..baru best Ini kalau makan dengan roti atau nasi panas-panas memang sedap yang amat. Korang cuba resipi ni.
PARPU TELUR
Kacang parpu..perlu rendam semalaman
Teloq..tepulang nak rebus atau pecah
Santan..
Sebok kunyit skit..
Garam..
Sebok perisa jika nak..
Ubi kentang..tomato belah 4
BAHAN BLEND..
Bawang besaq..
Bawang putih..
Halia..
BAHAN TUMIS DARAT..
Bawang besaq..hiris
Bawang putih..hiris
Daun kari..
Cabai kering potong 2..
CARA MEMASAK..
Rebus kacang parpu yg rendam semalaman tu dlm periuk atau kuali..pastu tuang bahan blend n sebok kunyit..boh minyak skit na..pastu rebus sampai parpu lembut..bila dah lembut dah boleh boh ubi kentang bila ubi dah empuk boh santan teloq garam n sebok perisa..kemudian boh tomato..pastu tumis bahan yg tumis darat tadi dgn minyak skit na..bila dah agak2 garing dah boleh tuang atas masak parpu kita td..pastikan kuah mendidih dlu na..kemudian tutup api..dah boleh dhidang..
Sambal Hitam adalah menu kebanggaan rakyat Pahang. Pelengkap hidangan yang simple tapi rasanya sangat sedap! Namun ramai yang kurang yakin nak buat kerana takut tak menjadi. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal hitam ni. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering.
5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.
INFO: Sambal ini boleh tahan lama. Boleh makan dengan roti dan nasi panas.
Tidak sukar untuk menyediakan sajian Honey Chicken Wings ala restoran ni jika tahu resipinya. Sangat mudah malas kos nya juga tidak mahal. Menurut empunya resipi, saudari Aliah Yahaya Alia, rempah perapan ayam ini tidak disukat, boleh dihasilkan mengikut cita rasa sendiri. Menurutnya lagi ayam jika perap lebih lama, rasanya juga jadi lebih sedap. Wow…Bolehlah cuba buat untuk suami dan anak-anak. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. 2. Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan lain. Sebatikan. Jumlahnya bergantung kepada cita rasa masing-masing dan banyak mana kepak ayam yang digunakan. 3. Perap kepak ayam tadi. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya. 4. Bakar kepak ayam menggunakan air fryer pada suhu 170C selama 15 minit. 5. Kemudian ubah suhu ke 180C dan bakar lagi selama 5-6 minit atau hingga ayam masak. 6. Masa mungkin berbeza mengikut saiz dan jenis air fryer masing-masing. 7. Angkat dan Honey Chicken Wings sedia untuk dinikmati.