Suka makan Kuetiau Kungfu? Lepas ni tak perlu lagi nikmati hidangan ini di kedai makan kerana anda boleh hasilkan sendiri sajian Kuetiau Kungfu yang sedap secara homemade. Cara pembuatannya pun sangat mudah dan menggunakan bahan yang ringkas. Nak buat? Resipi perkongsian saudari Nur Khalida Khalid ni antara yang terbaik. Selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU KUNGFU HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 bungkus kuetiau
- 3 biji telur
- Sedikit lada sulah
- Minyak untuk menggoreng
- 3-4 ulas bawang putih – dicincang
- Sos tiram secukupnya
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit garam dan lada sulah
- Bancuhan tepung jagung secukupnya – untuk memekatkan kuah
- Air secukupnya
BAHAN A:
- Isi ayam – dihiris
- Udang – dibersihkan
- Sotong – dipotong kecil
BAHAN B:
- Sayur Pakchoy secukupnya – dipotong
- 2-3 batang jagung muda – dihiris
- Bunga kubis – dipotong kecil
- Lobak merah – dipotong kecil
- Tomato – dihiris
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan kiub pati ayam. Gaul rata. Tambahkan air ikut sebanyak mana yang dikehendaki.
3. Seterusnya masukkan isi ayam, lobak merah dan jagung muda. Masak seketika.
4. Kemudian masukkan udang, sotong, bunga kubis dan juga sayur pakchoy. Biarkan mendidih dan sayur separuh masak.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung ikut kepekatan yang dikehendaki dan perasakan dengan garam serta lada sulah dengan secukupnya. Jika kuah sudah masin, abaikan penggunaan garam.
6. Untuk menyediakan kuetiau, pecahkan telur dan masukkan sedikit lada sulah. Pukul hingga sebati.
7. Gaul kuetiau bersama bancuhan telur tadi hingga rata.
8. Panaskan minyak sedikit banyak, kemudian goreng kuetiau seakan menggoreng telur dadar. Kuetiau yang garing membuatkan hidangan Kuetiau kungfu jadi lebih sedap.
https://www.facebook.com/nur.k.khalid.5/videos/pcb.2540438116279489/2070513459659790/?type=3&theater
9. Letak kuetiau dalam pinggan dan tuangkan kuah dengan secukupnya. Nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Nur Khalida Khalid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI