Kalau ke gerai masakan panas, menu Kuetiau Ladna adalah antara menu popular yang digemari ramai. Tapi anda sebenarnya boleh je masak menu ni di rumah secara homemade. Mudah sahaja cara masaknya. Hasilnya sedap dan kos pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ameera ni. Pasti puas hati.
RESIPI KUETIAU LADNA HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 paket kuetiau
Kicap manis secukupnya – beli online disini
1-2 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit bawang merah cincang
Udang secukupnya
3-4 cawan air
1 kiub pati ayam – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
Lobak merah secukupnya
Jagung secukupnya
Kubis secukupnya
Sawi secukupnya
2 biji telur
2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air – beli online disini
Minyak masak secukupmya
CARA MEMASAK:
1.Basuh kuetiau terlebih dahulu. Toskan.
2. Renjis kicap secukupnya pada kuetiau dan gaul rata.
3. Ambil kuali dan masukkan sedikit minyak. Masak kuetiau seketika.
4. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan seketika.
5. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
6. Masukkan udang. Boleh juga digantikan dengan ayam, sotong dan sebagainya.
7. Tambahkan air.
8. Masukkan juga kiub pati ayam dan sos tiram untuk melengkap rasa.
9. Seterusnya masukkan lobak merah, jagung, kubis dan sawi.
10. Tambah telur. Biarkan hingga telur masak.
11. Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung. Gaul rata hingga kuah pekat.
12. Siram kuah ladna ke dalam pinggan berisi kuetiau.
12. Kuetiau Ladna sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama hirisan cili.
Kredit resipi & foto: Ameera via Masakan Berpuaka
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official