Cara Masak Kuih Lopes Sedap, Mudah Guna Periuk Nasi Elektrik.

Share

Sedapnya Kuih Lopes. Jika anda tercari-cari resipi yang paling mudah, ni ada resipi yang paling senang yang boleh dicuba. Jika guna cara ni, tak payah gulung dalam daun pisang dah. Boleh siap dalam masa yang singkat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hidayah Jamaludin. Anda pasti puas hati.

 

RESIPI KUIH LOPES PALING MUDAH & CEPAT

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras pulut
  • 4 ½ cawan air kisaran daun pandan – tapis
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau secukupnya

BAHAN AIR GULA MELAKA:

  • 1 keping gula kabung
  • 1 ½ cawam gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • Sedikit air – ikut kepekatan yang dikehendaki
  • Daun pandan secukupnya

BAHAN KELAPA:

  • Kelapa parut secukupnya
  • Garam halus secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut, masukkan air daun pandan yang ditapis, sedikit pewarna dan garam. Gaul sebati dan masak dalam periuk nasi elektrik ( rice cooker) macam masak nasi biasa.


2. Bila telah masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik. Tekan hingga padat.

3. Tekap pulut menggunakan cawan atau boleh dipotong ikut cita rasa masing-masing.

4. Ambil kelapa parut dan gaulkan dengan sedikit garam. Kukus seketika.
5. Untuk menyediakan gula melaka, satukan semua bahan dan masak hingga gula larut dan pekat.
6. Ambil pulut, salutkan dengan kelapa dan nikmati bersama air gula melaka. Sedia untuk dinikmati.

.

Kredit resipi & foto: Hidayah Jamaludin

Published by
Nur