Kuih Tepung Boko Ubi Kayu ini antara yang kuih tradisional popular di Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, semamngnya ia sangat sukar untuk ditolak. Manis, lembut dan rasa sangat enak. Bagi yang belum pernah rasa, bolehlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
- 1 cawan gula merah*
- 1 cawan air*
- 3 helai daun pandan *
CARA-CARA:
- Masak bahan bertanda(*) sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
- Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
- Kukus sampai masak. Angkat dan ketepikan.
BAHAN UNTUK BUAT KEPALA SANTAN ( SOS PUTIH):
- 1 cawan santan pekat (1 kotak) – pakai santan segar lagi sedap
- 1 cawan air
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil gula
- 1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan diatas dam periuk. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut.
- Buka api perlahan dan masak hingga pekat.
- Angkat dan nikmati bersama ubi kayu kukus tadi.
Kredit resipi & foto: Zaiman Zakaria