Laksa Johor satu-satunya laksa yang disediakan di Malaysia yang menggunakan spageti sebagai laksanya. Walaupun cara membuatnya sedikit rumit atau tenyah, tapi bila rasa memang berbaloi masak. Kalau anda ingin mencuba, kali ini RASA kongsikan resipi yang disediakan oleh Mat Gebu, anak jati Johor untuk anda semua cuba. Mana tau dah cuba sekali nak cuba lagi.
LAKSA JOHOR BAHAN-BAHAN: 800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong 250 gram isi udang Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam 4 sudu besar udang kering, rendam hingga lembut. 2 sudu besar kerisik 1/2 inci lengkuas | dititik 3 keping asam gelugor 1 biji bawang besar | kisar halus 2 ulas bawang putih | kisar halus 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar rempah kari daging 2 sudu besar ketumbar serbuk 1 sudu besar jintan manis serbuk 1 1/2 liter santan kelapa 1 genggam daun kesom 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu Sedikit daun selasih Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN ULAMAN: Taugeh, dibuang ekor | cuci dan toskan Kacang panjang | dihiris halus Daun kesom | hiris halus Daun selasih | hiris halus Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya | hiris halus Bawang besar | hiris halus BAHAN LAIN: Spaghetti| direbus hingga lembut dan toskan, kemudian di “chap” (dibuat sanggul) Sambal belacan secukupnya Limau kasturi secukupnya | dibelah dua
CARA MEMBUAT:
Ads
Untuk kuah: Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan.
Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus.
Udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil. Kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak.
Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata.
Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih.
Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya.
Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
10. Cara menghidangkan: Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai.
Ads
11. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi.
12. Sedia dihidangkan.
Ads
INFO: Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk 4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi.
Kredit: Dapur Tanpa Sempadan/www.tiffimbiru.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak cuba menu ayam goreng rangup dan sedap ni? Boleh cuba buat ayam goreng bawang putih ni. Gerenti satu tak cukup. Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Nak tahu cara buatnya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Novelis Affieyza Isahak.
AYAM GORENG VIRAL
Bahan kisar:
1 butir telur
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih *
1 inci halia*
Curah atas ayam dan campurkan dengan:
2 sudu sos tiram
Kiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
2-3 sudu tepung ubi
Cara memasak:
1.Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
2.Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Sajian Cina memang mampu membuat sesiapa pun kecur melihatnya. Malah hidangan Cina sesuai untuk semua jamuan rasmi dan juga seharian. Lebih-lebih lagi lah jika menu itu adalah sajian Cina Muslim.
Sempena Hari Kemerdekaan yang dah semakin dekat ni, meh kita pakat masak hidangan Cina pulak. Kitakan ‘tekak’ Malaysia, dalam makanan tiada istilah bangsa, janji sedap kan.
Bahan mentah yang segar dan hidangan dengan campuran sos dan kicap adalah antara rahsia tarikan sajian ini. Ikuti resepi yang disumbangkan oleh Chef Mohd Zaharudin Zahari dari Restoran Adam Lai di Seksyen 15 Shah Alam ini yang cukup popular di Selangor ini..
1.LALA CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
350 gm lala
6 biji cili padi | diketuk
50 gm halia | dihiris halus
1 sudu teh bawang putih cincang
1 cawan air
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh gula
4 sudu makan atau minyak masak secukup
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan rebus lala dalam 20 saat, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masak, masukkan halia, bawang putih, cili padi yang diketuk.
3. Tumiskan hingga wangi.
4. Masukkan secawan air, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan kedalamnya
5. Akhir sekali kacau dan gaulkan bersama lala sebentar, serta padamkan api segera.
Saiz hidangan : 3 orang Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Lala dimasak stail cina , penggunaan cili padi memberi rasa pedas
INFO CHEF: Rebus lala jangan melebihi 20 saat, dan kacau sebentar sahaja bersama rencah untuk mengekalkan rasanya yang berjus dan lembut
2.AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN :
4 keping peha ayam | dibuang tulang dan dibersihkan
1 biji mangga | separuh masak, dihiris halus
Bahan kuah/sos:
300 gm cili padi
500 gm bawang putih
450 gm sos plum
400 ml cuka
Air limau nipis secukupnya
Garam secukupnya
1 liter air
* Dikisar dan dijadikan pes/sos. Masukkan dalam satu bekas dan kacau hingga larut.
Bahan perapan/salutan ayam :
2 sudu makan sos tiram
2 biji telur ayam
3 sudu makan stok ayam
1 sudu teh serbuk perasa
10 sudu makan tepung ubi kayu
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kesemua bahan-bahan pada peha ayam yang telah dibuang tulang.
2. Perapkan setengah jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam dalam minyak penuh.
4. Toskan dan ketepikan. Potong menjadi bahagian yang kecil
5. Ambil sos yang sudah dikacau tadi dan tuangkan atas ayam yang telah digoreng
6. Taburkan hirisan mangga di atasnya
7. Sajian siap untuk dinikmati.
Saiz hidangan :4 orang Cara memasak : Tumis dan goreng Keistimewaan : Hirisan mangga yang rangup dan sos masam manis, sungguh sedap
INFO CHEF : Ayam ala chicken chop dengan sos versi cina menjanjikan kepuasan rasa apabila dinikmati. Masam manis dan sedikit rasa pedas dari cili padi menjadikan ia menu sajian cina yang hebat.
3.SOTONG TIGA WARNA
BAHAN-BAHAN :
4 ekor @ 250 gm
Bahan sos Cheong Zeng :
300 gm tauchu
120 gm bawang merah
120 gm bawang putih
40 gm cili padi
400 gm cili merah
120 gm cili boh
120 gm sos plum
30 gm sos tiram
90 gm halia
Gula secukupnya
50 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
200 gm cili boh
60 gm bawang besar
60 gm bawang putih
40 gm cili kering
40 gm cili padi
40 gm tauchu
40 gm asam jawa
200 gm sos tomato
200 gm sos cili
80 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali.
2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air .
3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api
4. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3 orang Cara memasak : Tumis dan goreng Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
4. KARI KEPALA IKAN NYONYA
BAHAN-BAHAN :
300 gm kepala ikan merah
1 biji bawang besar | dibelah 4
15 helai daun kari
2 batang serai | diketuk
1 biji tomato | dibelah 6
2 batang kacang panjang | dipotong 3 sm
1 batang terung | dikerat 6 menjadi 3 sm
1 biji cili merah | dipotong serong
3 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan rempah kari ikan
300 ml susu cair
400 ml santan
300 ml air
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Kepala ikan harus dikukus terlebih dahulu dalam 10 minit.
2. Terung dan kacang panjang digoreng dalam 10 saat, angkat dan toskan. Ketepikan.3.Pijarkan minyak masak di dalam kuali. Masukkan rempah kari ikan, serai, daun kari , bawang besar, pes cili kering dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air sampai mendidih, kemudian masukkan pula santan dan susu cair.
5. Apabila mendidih masukkan kacang panjang, terung, cili merah, tomato dan kepala ikan.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar. Perisakan dengan garam.
7. Hidangan siap untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 25 minit Keistimewaan : Kari nyonya rasanya lebih berlemak dan berkrim berbanding kari biasa.
Info chef : Selain kukus opsyen lain, kepala ikan boleh juga dicelur 4 minit terlebih dahulu bersama dengan asam keping dan sedikit halia dan secubit garam
5. ITIK SHAO YA
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik anggaran 1.7 -2.0 kg
Bahan sos itik :
1 sudu makan bawang putih cincang
3 sudu makan tauchu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
4 sudu teh gula
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit tepung kentang untuk pekatkan kuah
3 cawan air
Bahan untuk itik :
4 senduk air
2 sudu makan sudu.
2 kg minyak masak untuk menggoreng itik
Sedikit minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kanji/tepung kentang ke dalam kuali.
2. Biarkan mendidih dan masukkan tepung kentang untuk memekatkan kuah. Ketepikan sos.
3. Kemudian masukkan empat senduk air dan dua sudu makan madu tadi ke dalam kuali dan masukkan itik (jangan dipotong dahulu).
4. Biarkan mendidih dan siramkan dengan kerap ke atas itik sehingga berwarna perang.
5. Angkat dan toskan, gantung biar kering
6. Kemudian pijarkan minyak masak di dalam kuali lain.
7. Masukkan itik dan goreng ‘deep fried’, goreng kira-kira 10 minit.
8. Apabila sudah masak angkat, angkat dan gantung hingga minyaknya kering.
9. Kemudian siramkan dengan sedikit minyak bijan.
10. Potong itik kepada beberapa bahagian sebelum menghidang dan hidangkan bersama sos yang dimasak sebelum ini.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 25 minit Keistimewaan : Rasa ala itik salai,berjus dan lazat dimakan bersama sos
Info chef: Merebus itik bersama nenas segar adalah petua yang dipecayai dapat melembutkan daging itik.
TERIMA KASIH :RESTORAN ADAM LAI, No. 69-G, Jalan Pahat H 15/H, Section 15, Shah Alam ,Selangor
Ayam panggang atau ayam golek memang jadi kegemaran ramai. Pergilah kemana sahaja pasar malam, pasti ada menu ini yang dijual. Harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba masak Ayam Panggang homemade untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Sitjua Jua ni antara yang paling mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM PANGGANG HOMEMADE PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
Garam secukup rasa
1 sudu makan kicap
BAHAN PERAP:
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perap dan kisar halus.
2. Bersihkan ayam, lumurkan dengan garam secukupnya. Kemudian perap dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Gaul sekata supaya sebati. Perap. Untuk rasa lebih sedap, disarankan perap semalaman.
4. Untuk memasak, boleh dipanggang menggunakan air fryer menggunaka suhu 170C selama 30 minit. Jika tiada, boleh panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang lain.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!