Laksa Johor satu-satunya laksa yang disediakan di Malaysia yang menggunakan spageti sebagai laksanya. Walaupun cara membuatnya sedikit rumit atau tenyah, tapi bila rasa memang berbaloi masak. Kalau anda ingin mencuba, kali ini RASA kongsikan resipi yang disediakan oleh Mat Gebu, anak jati Johor untuk anda semua cuba. Mana tau dah cuba sekali nak cuba lagi.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong
250 gram isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 sudu besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 sudu besar kerisik
1/2 inci lengkuas | dititik 3 keping asam gelugor 1 biji bawang besar | kisar halus 2 ulas bawang putih | kisar halus 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar rempah kari daging 2 sudu besar ketumbar serbuk 1 sudu besar jintan manis serbuk 1 1/2 liter santan kelapa 1 genggam daun kesom 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu Sedikit daun selasih Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN ULAMAN: Taugeh, dibuang ekor | cuci dan toskan Kacang panjang | dihiris halus Daun kesom | hiris halus Daun selasih | hiris halus Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya | hiris halus Bawang besar | hiris halus BAHAN LAIN: Spaghetti| direbus hingga lembut dan toskan, kemudian di “chap” (dibuat sanggul) Sambal belacan secukupnya Limau kasturi secukupnya | dibelah dua CARA MEMBUAT:
- Untuk kuah: Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan.
- Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus.
- Udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil. Kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak.
- Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata.
- Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
- Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih.
- Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya.
- Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
10. Cara menghidangkan: Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai.
11. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi.
12. Sedia dihidangkan.
INFO: Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk 4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi.
Kredit: Dapur Tanpa Sempadan/www.tiffimbiru.com