Ada yang teringin nak makan laksa hari ni? Jom cuba buat LaksaUtara; resipi perkongsian saudari Miya Aira. Sekali cuba, pasti tidak menyesal. Kuah yang enak, pekat berperisa. Sekali cuba, memang layan habis! Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan dan sesuai untuk hidangan 5-6 orang.
RESIPI LAKSA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan sardin segar
BAHAN A (KISAR HALUS):
2 biji bawang besar | potong 4
5 biji cili padi | optional
2 biji cili merah besar | potong 3
Segenggam cili kering | direbus
Sedikit belacan | jika suka
Nota: Jika mahu pedas, lebihkan cili kering
BAHAN B:
2 kuntum bunga kantan | belah dua & ambil sekali dengan batang
Secekak daun kesum
2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1.Rebus kosong ikan yang telah siap di cuci bersih. Ambil isi dan asingkan tulang temulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur. Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar . Ketepikan.
Ads
2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekas berasingan dengan kisaran isi ikan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Gaul lagi hingga sebati.
Ads
5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata.
6. Tambah lebihan air rebusan ikan yang telah ditapis.Kepekatan bergantung pada cita rasa masing-masing. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan mendidih.
7. Sambil tunggu kuah laksa siap, didihkan air dan rebus laksa serta telur hingga masak. Setelah laksa empuk dan kenyal, toskan airnya.
Ads
8. Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas.
Selamat mencuba!
Nota: Resipi ini sesuai dihidangkan untuk 5-6 orang makan.
Sesekali layankan selera ala Itali ni memang sedap juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian KieSha IzzRul ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
PASTA CARBONARA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
2 tin sos Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera.
2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
Daging kisar secukupnya
Sayur campur secukupnya
Cendawan butang
Bawang besar dan bawang putih – dipotong dadu. Jumlah ikut citarasa
Sedikit garam
Serbuk pati ayam
CARA MEMASAK:
Rebus pasta hingga lembut. Ketepikan untuk dihidangkan kemudian.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
Masukkan daging kisar.Goreng hingga masak.
Seterusnya tambahkan sayur campur diikuti hirisan cendawan butang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan sos carbonara dan air.
Masukkan mayones. Kacau lagi hingga semua sebati.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan juga garam. Sebelum tambah perisa, sebaiknya cuba dulu kuah bagi mengelakkan rasa masin yang melampau.
Biar hingga kuah mendidih. Angkat dan nikmati bersama pasta yang telah direbus tadi.
Pernah cuba menu Bihun Kungfu? Sedap tau…Anda patut cuba. Biasanya kalau ke gerai makan, menu Kuetiau Kungfu adalah menu yang digemari ramai. Malah sudah biasa. Tapi kali ni apa kata anda cuba menu Bihun Kungfu pula. Masak sendiri secara homemade memang sedap. Satu keluarga boleh makan. sebenarnya boleh je masak menu ni di rumah secara homemade. Hasilnya lebih istimewa dan sedap. Kos pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Pasti puas hati.
RESEPI BIHUN KUNGFU YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1/2 bungkus bihun – digoreng dalam minyak panas seperti bihun soto 2-3 ulas bawang putih cincang – beli online disini Isi ayam secukupmya Fishcake secukupnya Udang – jika suka Kailan secukupnya Hirisan lobak merah secukupnya Bunga kubis secukupnya 1 kiub pati ayam – beli online disini Serbuk lada sulah secukupnya – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air) – beli online disini 1 biji telur – dipukul
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak dan masukkan bihun. Goreng hingga bihun kembang. Toskan. Buat hingga habis. 2.Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi. 3. Masukkan isi ayam dan udang (jika suka). Tumis hingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan air, kiub pati ayam, garam dan lada sulah dengan secukupnya. 5. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah dan juga bunga kubis. Masak lagi hingga lembut.
6. Masuk hirisan kailan dan fishcake, diikuti tepung jagung. Teruskan masak hingga kuah sedikit likat.
7. Tuang telur, kacau perlahan. 8. Letak bihun yang telah digoreng ke dalam pinggan dan tuang kuah Kungfu diatasnya. 9. Bihun Kungfu siap disediakan dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas-panas bersama cili jeruk.
Pasta biasanya ramai memilih untuk dimakan bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba.
PASTA SPIRAL GORENG RINGKAS
BAHAN A:
1 paket pasta spiral
Sedikit mentega dan minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar – dihiris dadu
Sedikit sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Nampla
Garam secukup rasa
Sedikit kiub pati ayam (pilihan)
BAHAN B:
Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )
3 keping daging burger – dihiris dadu
Bebola ikan
Cendawan shiitake – dipotong kecil
BAHAN C:
Lada benggala
Brokoli
Tomato ceri
Lobak Merah
CARA MEMASAK:
1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.
4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.