Cara masak Laksam Kelantan yang memang sedap dan ringkas. Namun ramai yang takut untuk cuba masak hidangan ni kerana menganggapnya susah untuk disediakan. Sebenarnya nak buat laksam ni sangat mudah. Jika cukup semua bahan, sekejap je dah siap masak. Nak cuba masak untuk ahli keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK LAKSAM KELANTAN SECARA HOMEMADE
BAHAN LAKSAM:
360gm tepung beras
6 sudu makan tepung jagung
1500ml air
½ sudu teh garam
BAHAN KUAH LAKSAM:
3 ekor ikan sardin
250ml santan
1/2 biji bawang besar | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
2 kiub pati ayam
2 sudu makan kerisik
Lada sulah secukupnya
Asam keping secukupnya
2.5cm lengkuas
Air secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Daun samak/daun salam/serai kayu secukupnya – dihiris ( boleh ganti dengan daun selom)
1/2 batang timun | dihiris halus
4 tangkai kacang panjang | dihiris halus
Sedikit tauge
Sedikit kubis | dihiris halus
Sambal cili kering secukupnya ( rebus cili kering hingga lemburt, tos air dan tumbuk dengan garam kasar)
CARA MEMASAK LAKSAM:
1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
3. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
4. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
CARA MEMASAK KUAH LAKSAM:
1. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
3. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
5. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. kacau sebati.
6. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
CARA HIDANG LAKSAM:
1. Ketika menghidang, potong-potongkan gulungan laksam tadi menjadi kepingan kecil.
2. Masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan sampingan yang lain.
3. Tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang, orang ramai semakin terbuka dengan penjagaan badan. Kalau boleh, badan nak maintain slim melim. Tak nak ada lemak tersorok sana sini. Berat badan pun nak ideal sahaja.
Ads
Nah, kali ini RASA kongsikan resipi pasta salmon. Ikan salmon ni memang mahal harganya tapi sangat bagus bagi yang sedang diet. Selain kurang berlemak, ikan salmon ada banyak khasiat untuk tubuh. Cubalah!
PASTA SALMON
Sedapnya.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Ads
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
Ads
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Sedapnya kalau dapat menikmati sepinggan Bihun Goreng Kicap Seafood ni. Makan pula panas-panas, memang tak toleh kiri dan kanan. Bagi anda yang menggemari sajian bihun goreng, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Mudah dan hasilnya sangat memuaskan. Bihun yang dimasak pun tidak hancur. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
2 sudu makan sos ikan – beli online disini (sukatan bahan boleh ubah ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah cili kisar jika mahu)
CARA MEMASAK 1. Rendam bihun sehingga agak lembut kemudian,toskan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Dengan mengunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan.
4. Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan serbuk perasa. Gaul sebati.
5. Setelah itu, masukkan udang dan sotong. Masak seketika.
6. Akhir sekali masukkan bihun yang telah ditoskan tadi, lobak merah dan tauge. Gaul sehingg rata dan semua bahan masak sempurna.
7. Bihun Goreng Kicap Seafood siap untuk dihidang.