Cara Masak Laksam Kelantan Yang Mudah & Sedap.

Share
Cara masak Laksam Kelantan yang memang sedap dan ringkas. Namun ramai yang takut untuk cuba masak hidangan ni kerana menganggapnya susah untuk disediakan. Sebenarnya nak buat laksam ni sangat mudah. Jika cukup semua bahan, sekejap je dah siap masak.  Nak cuba masak untuk ahli keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK LAKSAM KELANTAN SECARA HOMEMADE
BAHAN LAKSAM:
  • 360gm tepung beras
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 1500ml air
  • ½ sudu teh garam
BAHAN KUAH LAKSAM:
  • 3 ekor ikan sardin
  • 250ml santan
  • 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 2.5cm halia | dikisar
  • 1 batang serai | dikisar
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan kerisik
  • Lada sulah secukupnya
  • Asam keping secukupnya
  • 2.5cm lengkuas
  • Air secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
  • Daun samak/daun salam/serai kayu secukupnya – dihiris ( boleh ganti dengan daun selom)
  • 1/2 batang timun | dihiris halus
  • 4 tangkai kacang panjang | dihiris halus
  • Sedikit tauge
  • Sedikit kubis | dihiris halus
  • Sambal cili kering secukupnya ( rebus cili kering hingga lemburt, tos air dan tumbuk dengan garam kasar)
CARA MEMASAK LAKSAM:
1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
3. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
4. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
CARA MEMASAK KUAH LAKSAM:
1. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
3. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
5. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. kacau sebati.
6. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
CARA HIDANG LAKSAM:
1. Ketika menghidang, potong-potongkan gulungan laksam tadi menjadi kepingan kecil.
2. Masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan sampingan yang lain.
3. Tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati.
Published by
Nur