Laksam adalah salah satu menu yang sangat sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Hidangan ini tidak memerlukan cara memasak yang rumit menjadikan ia sentiasa menjadi pilihan ramai. Lengkap dengan resipi kuah dan Sambal Cili Garam, resipi perkongsian saudari Rose Iema ni memang terbaik. Sukatannya sesuai untuk hidangan 10-12 orang.  Jom cuba. Pasti puas hati.

 

RESIPI LAKSAM

Cara Masak Laksam Sedap Untuk Sukatan 10 Orang Makan.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm (1 paket) tepung beras cap bunga teratai
  • 500gm tepung gandum
  • 2.3 liter air suam hangat
  • 1/2 sudu makan garam halus

 

CARA MEMASAK:

Ads

1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis bagi mengelakkan adunan berketul.

2. Guna tudung periuk atau loyang untuk mengukus laksam. Paling mudah guna penutup periuk. Sapu sedikit minyak di permukaan penutup periuk sebelum dituang adunan laksam tadi. Minyak perlu sapu pada kali pertama sahaja. Selepas adunan pertama masak, dah tak perlu sapu lagi untuk adunan kedua dan seterusnya.

Cara Masak Laksam Sedap Untuk Sukatan 10 Orang Makan.

3. Tuang adunan laksam ke atas penutup periuk dengan secukupnya. Jangan terlalu tebal.

4. Kukus selama 3-4 minit kemudian angkat. Tanda laksam dah masak ialah bila ia kelihatan sedikit menggelembung.

5. Sejukkan seketika kemudian barulah boleh digulung. Jangan gulung ketika masih panas.

Cara Masak Laksam Sedap Untuk Sukatan 10 Orang Makan.

6. Ulang langkah sehingga semua adunan habis.

 

KUAH LAKSAM

Cara Masak Laksam Sedap Untuk Sukatan 10 Orang Makan.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor ikan sardin/selayang saiz sederhana – bersihkan, rebus dengan asam keping dan sedikit garam
  • 1 sudu makan lada hitam – kisar
  • 2 ulas bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 500ml santan kara
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan bahan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Asingkan isi ikan sardin rebus, kisar dengan air secukupnya. Masukkan ke dalam periuk.
  2. Kisar juga bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan juga ke dalam periuk bersama isi ikan kisar tadi.
  3. Masukkan lada hitam dan asam keping. Biarkan hingga mendidih. Kacau sekali sekala supaya bahan sekata.
  4. Seterusnya masukkan santan, garam dan perasa dengan secukupnya. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul.
  5. Masak hingga kuah mendidih. Siap!

 

SAMBAL CILI GARAM

Cara Masak Laksam Sedap Untuk Sukatan 10 Orang Makan.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering secukupnya – dibuang biji
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar semua bahan dan masak hingga mendidih. Tujuan supaya air sambal sedikit kering dan tahan lama.
  2. Bila dah siap, boleh dihidangkan bersama laksam, kuah dan ulam-ulaman.

Cara Masak Laksam Sedap Untuk Sukatan 10 Orang Makan.

INFO: Sukatan laksam diatas untuk hidangan 10-12 orang. Gandakan jika nak jumlah yang lebih banyak.

 

Kredit resipi & foto: Rose Eima

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI