Tak ada idea nak masak menu apa di hari cuti ni? Ni min nak kongsi resipi perkongsian dari saudari Fatin Pauzi. Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim. Nampak sedap! Cara nak masak pun mudah. Apa lagi, jomlah cuba!
AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dibersihkan
Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
3-4 ulas bawang putih – mayang
1 biji cili besar @ cili merah- mayang
3 biji cili padi – mayang
10 tangkai cili kering – potong kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
Pes asam jawa secukupnya
Tepung gandum
Telur
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.
2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Ads
3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.
4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.
Ads
5. Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.
6. Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
Ads
7. Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.
RASA cadangkan tiga menu ini untuk anda masak sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam. Sedap betul. Rasa lengkap je hidangan tu sebab ada ayam panggang, daging dendeng dan sambal ikan masin.
Makan pulak dengan nasi panas-panas. Ayam panggang tu kalau nak ratah macam tu je pun boleh. Cubalah. Sedap sesangat ni.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO
Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI
Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Hidangan Ayam Masak Kurma wajiblah pekat, barulah sedap bila dimakan. Nak sediakan pun mudah. Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam, lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang. Kali ini mari kita cuba resipi Ayam Masak Kurma seperti yang dikongsikan resipinya oleh Nor Azimah Ali
RESIPI AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK DIKISAR:
1/2 ekor ayam 1/2 biji kelapa (dibuat santan) boleh juga guna santan kotak 5 ulas bawang merah –BELI ONLINE 2 ulas bawang putih –BELI ONLINE 1 inci halia seinci –BELI ONLINE Sepotong lengkuas-BELI ONLINE
4 sudu makan rempah kurma 1 sudu makan rempah kari bancuh dengan air Rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih) 1 biji kentang 1 biji bawang Holland potong besar-besar –BELI ONLINE 1 biji tomato Sedikit cili padi –BELI ONLINE
CARA MEMASAK:
1.Tumis rempah 3 beradik sehingga naik bau.
2. Tuangkan bahan yang dikisar. Tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan bancuhan rempah kurma/kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Biar isi ayam kecut dulu, supaya rempah sebati dengan isi ayam. Barulah sedap rasanya.
5. Apabila isi ayam sudah kecut, barulah masukkan santan, garam dan tunggu hingga mendidih.
6. Masukkan kentang, bawang besar, tomato dan cili padi.
7. Biarkan seketika. Padamkan api. Siap untuk dihidangkan.
Hidangan Ayam Goreng Spicy pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Lebih-lebih lagi di zaman segala harga barang meningkat naik ni. Pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk menikmati juadah di restoran sebegitu. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Buat jugak kentang gorenghomemade. Fuhhh…Jimat & pasti puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Puan Yana ni.
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki – beli online disini
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!