Sedapnya Makaroni Bakar. Jika anda penggemar hidangan ini, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba. Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan. Malah cara penyediaannya juga cukup mudah. Sesuai bagi anda yang sukakan resipi yang ringkas, mudah dan sedap. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.
CARA MEMASAK: 1. Rebus makaroni sampai empuk. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
3. Bila bawang dah layu, masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Tumis biar wangi.
Ads
4. Kemudian masukkan pula daging cincang. Kacau sehingga daging masak.
5. Masukkan pula lobak merah dan cili benggala. Gaul rata.
6. Kemudian letak makaroni. Gaul lagi hingga sebati. Bolehlah perasakan dengan garam, gula & serbuk cukup rasa. Kacau bagi sekata.
7. Masukkan pula daun sup.
8. Kacau rata dan tutup api. Ketepikan supaya makaroni sejuk sedikit.
9. Sementara menunggu makaroni dalam kuali sejuk, sapukan sedikit marjerin pada bekas caserol. Kalau tiada caserol, gunalah loyang yang dilapik dengan baking paper.
10. Bila makaroni sudah suam-suam kuku, pecahkan telur ke dalam kuali.
11. Gaul rata jadi seperti di dalam gambar.
12. Kemudian tuang ke dalam caserol dan ratakan.
Ads
13. Sagat keju cheddar. Ratakan dipermukaan makaroni.
14. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 40 minit atau sehingga masak.
15. Makaroni yang dah dibakar.
16. Untuk menikmati, tuang sos dan mayones mengikut cita rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Biasa kita sering dihidangkan dengan pulut durian malah rata-rata menyukainya. Tak salah kalau kita tukar selera dengan menikmati pulut nangka yang tidak kurang enaknya. Rasa lemak manis memang buat korang suka , tak percaya boleh cuba nikmatinya sendiri.
NANGKA PULUT LEMAK BERKUAH
Bahan-bahan:
10-12 ulas nangka – buang biji tapi jangan belah habis, belah bahagian atas saja untuk keluarkan biji 2 cawan pulut – rendam & toskan 1 1/4 cawan santan cair 2 helai daun pandan – siat & simpul 1 sudu makan gula 1 sudu teh garam
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali nangka di dalam periuk lalu tanak hingga masak. Buang daun pandan. Sejukkan pulut kemudian kepal-kepalkan. 2. Pulut yang dah dikepal sumbat dalam nangka. Jika suka boleh kukus nangka tersebut dalam lima minit. Kalau suka nangka rangup tak perlu kukus.
Bahan-bahan kuah:
2 cawan santan pekat 1 cawan nangka – kisar halus 1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis) 1/2 sudu teh garam halus 2 helai daun pandan – siat & simpul
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk lalu didihkan hingga pekat. Sentiasa kacau kuah masa memasak supaya santan tak pecah. 2. Tuang kuah atas nangka pulut tadi. Enjoy!
Suka makan Telur Dadar macam dekat kedai Thai? Sedap, garing dan tidak terlalu tebal. Makan pun tak rasa muak. Anda pernah cuba tapi tak berhasil untuk dapatkan telur yang garing begitu? Ada tekniknya tau. Bahannya pun bukanlah menggunakan telur dan garam semata-mata. Kena ada penambahan bahan lain juga. Saudari Murni Rahmat ada kongsikan resipinya. Jom cuba masak Telur Dadar Garing hari ni..
CARA MEMASAK: 1.Pecahkan telur, masukkan semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati. Pastikan garam larut sepenuhnya. 2. Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas. 3. Tuang telur dari jarak yang tinggi ke dalam kuali. (tarik tinggi-tinggi tapi awas percikan minyak).
4. Kena goreng telur dengan lama. Bila sudah nampak garing, baru angkat. Jika tidak nanti telur akan kempis dan serap minyak.
5. Ada juga resepi yang tidak guna tepung, tapi empunya resipi paling suka resepi ini sabab telur kurang berminyak dan garing. 6. Satu bancuhan telur ini untuk 3-4 kali goreng. Tidak boleh goreng sekaligus nanti tidak jadi gebu.
Pasti ramai yang mengemari masakan Minang atau Padang, yang berasal daripada negara tetangga, Indonesia. Bahkan di negara kita, terdapat masyarakat yang berketurunan Minang yang berasal daripada Bukit Tinggi dan Padang, Indonesia. Masakan Minang atau Padang yang rata-rata pedas namun sangat sedap. Nak cuba? Ini resipi-resipi yang pasti tambat selera anda.
1. KUAH LONTONG TAUCU BUNDO
BAHAN-BAHAN:
500gm buncis atau kacang panjang |potong serong nipis
1kg santan
200gm taucu timbang | kisar kasar
1.5 liter air
2 helai daun salam
5 biji tauhu | potong enam bahagian dadu
500gm hati/pedal ayam |potong empat bahagian
1 papan petai |buang kulit
Sedikit minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 biji cili hijau
50 gram cili padi
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5cm halia
2.5cm lengkuas
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji cili hijau (di belah dua atau dihiris kasar)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali besar. Tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan kacau sebati.
Masukkan hati/pedal ayam dan daun salam masak selama lima minit. Tuang air ke dalam kuali dan kacau sebati .
Masukkan taucu sedikit demi sedikit. Taucu sudah sedia masin maka perlu rasa kuah agar tidak terlebih masin.
Masukkan tauhu, biarkan seketika.
Tuang santan dan kacau perlahan sehingga mendidih
Masukkan kacang buncis masak seketika dan tutup api.
Info chef: Garam tidak perlu masukkan kerana taucu sudah sedia masin. Tetapi terpulang kepada selera masing-masing.
2. MASAK LEMAK KUNING URAT TUJANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm urat tunjang/keting
750ml santan
1 liter air
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
1 batang serai |titik
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
100gm cili merah
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4cm lengkuas
4 biji buah keras
2cm kunyit hidup
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci bersih urat tunjang/keting. Ketepikan.
Kemudian rebus air dan setelah mendidih masukkan urat tunjang dan masak sampai empuk. Angkat dan tiriskan. Setelah sejuk, potong mengikut selera masing-masing. Ketepikan.
Di dalam periuk lain, masukkan urat tunjang tadi, diikuti dengan bahan kisar. Gaul sekata. Masukkan juga bahan lain dan santan. Masak hingga santan mendidih menggunakan api sederhana.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga santan sedikit mengental dan pecah minyak.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah cili padi di dalam bahan kisar sekiranya ingin lebih pedas.
3. DAGING GORENG BERLADO PEDAS MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1biji tomato | potong dadu
1 batang serai |ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.
4. RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |potong
2 liter santan
2 batang serai |racik halus
1 batang serai |titik
4 helai daun limau purut
2cm asam gelugur
2 helai daun kunyit |hiris
BAHAN KISAR:
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
100gm cili besar merah
12 biji bawang merah
100gm cili padi merah
2cm halia | bakar sedikit
2cm lengkuas
3cm kunyit | bakar sedikit
1/2 sudu makan ketumbar
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh jintan | sangai
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Daging juga sedap dimasak dengan cara ini. Jika mahu lebih pedas tambah lagi jumlah cili padi.