Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah. Ada Keju Memang Sedap!

Share

Sedapnya Makaroni Bakar. Jika anda penggemar hidangan ini, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba. Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan. Malah cara penyediaannya juga cukup mudah. Sesuai bagi anda yang sukakan resipi yang ringkas, mudah dan sedap. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.

RESIPI MAKARONI BAKAR KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm makaroni
  • 200gm daging cincang
  • 10 biji telur
  • 1 biji bawang besar – didadu (beli online disini)
  • 3 ulas bawang putih – dicincang (beli online disini)

  • 1 batang lobak merah – diracik
  • 1 biji cili benggala – dipotong dadu
  • 1 pokok daun sup – dipotong halus
  • 2 sudu makan rempah kari (beli online disini)
  • Keju cheddar secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Rebus makaroni sampai empuk. Toskan dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.

3. Bila bawang dah layu, masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Tumis biar wangi.

4. Kemudian masukkan pula daging cincang. Kacau sehingga daging masak.

5. Masukkan pula lobak merah dan cili benggala. Gaul rata.

6. Kemudian letak makaroni. Gaul lagi hingga sebati. Bolehlah perasakan dengan garam, gula & serbuk cukup rasa. Kacau bagi sekata.

7. Masukkan pula daun sup.

8. Kacau rata dan tutup api. Ketepikan supaya makaroni sejuk sedikit.

9. Sementara menunggu makaroni dalam kuali sejuk, sapukan sedikit marjerin pada bekas caserol. Kalau tiada caserol, gunalah loyang yang dilapik dengan baking paper.

10. Bila makaroni sudah suam-suam kuku, pecahkan telur ke dalam kuali.

11. Gaul rata jadi seperti di dalam gambar.

12. Kemudian tuang ke dalam caserol dan ratakan.

13. Sagat keju cheddar. Ratakan dipermukaan makaroni.

14. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 40 minit atau sehingga masak.

15. Makaroni yang dah dibakar.

16. Untuk menikmati, tuang sos dan mayones mengikut cita rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/empat-resipi-pes-homemade-boleh-mudahkan-kerja-memasak-di-musim-pkp/

https://www.rasa.my/nak-buat-kuih-puteri-ayu-lembut-gebu-ini-caranya/

https://www.rasa.my/resipi-ayam-perap-mayo-sedap-tak-guna-banyak-bahan/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur