
Sedapnya Makaroni Cheese perkongsian saudari Irmaz Zamri ni. Mudah dan tidak guna banyak bahan. Kalau anak-anak sukakan rasa keju dan hidangan yangtak pedas, sesuai sangatlah cuba resipi ni. Sedap makan masa masih panas. Malah ia juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI MAKARONI CHEESE PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan makaroni
- 3 cawan susu segar
- 6 keping keju cheddar
- 1 sudu makan susu pekat manis
- Brokoli secukupnya | potong kecil dan rebus lembut
- Cendawan butang secukupnya | potong dan celur
- Lada hitam dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus makaroni hingga lembut dan toskan airnya.
- Dalam kuali, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuang susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
- Masukkan kepingan keju dan susu pekat manis. Kacau sebati dan keju cair.
- Masukan brokoli dan cendawan butang. Gaul lagi hingga sekata.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam jika perlu.
- Angkat dan nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Irmaz Zamri
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Char Kuey Teow Cepat Dimasak, Sedap Dimakan..

Char kuey teow memang cepat dimasak

dan yang penting sedap dan syok dimakan. Udang tu sekurangya saiz yang sederhana, tapi kalau nak guna udang besar lagi meletop rasanya.
Pastikan udang yang dipilih tu segar ya. Belacan tu opsyen kalau tak nak okay aje, sebab manis udang tu dah cukup sedap dah. Jom goreng char kuey teow…
CHAR KUEY TEOW

BAHAN-BAHAN :
BAHAN KISAR :
- 15 tangkai cili kering (rebus/rendam air panas)
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Sedikit air
- 500 gram kuetiau
- Sedikit kicap untuk perap kuetiau
- Minyak masak untuk menumis
- 6 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- Sedikit gula
- 2 hingga 3 cawan air
- 1 senduk kicap
- Sedikit tauge (buang ekor)
- Sedikit daun bawang (hiris panjang)
- 250gm atau udang secukupnya
- 1 atau 2 biji telur ayam
- Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Celur kuetiau dan angkat. Kemudian lumurkan kuetiau dengan kicap. Letak minyak sikit supaya kuetiau tak melekat. Ratakan gaulan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN KISAR dan bawang putih.
3. Masukkan gula.
4. Masukkan air 2 atau 3 cawan. (Kalau 2 cawan, nanti pecahkan 1 biji telur ayam. Kalau 3 cawan, nanti pecahkan 2 biji telur ayam)
5. Tuangkan kicap.
6. Masukkan tauge dan daun bawang.

7. Masukkan udang dan kacau kuah.
8. Pecahkan telur ayam. Kacau laju. Biar mereneh, masukkan garam. Matikan api.
9. Untuk menghidang, letakkan kuetiau dalam pinggan. Tuangkan kuah. Sedia dimakan.

Selamat mencuba!
FB : Resepi MAMA
Kuetiau Sup Ala Old Town, Wanita Ini Kongsi Resipi Yang Gerenti Padu!

Bagi anda yang pernah menikmati menu kuetiau sup di restoran Old Town pasti anda tahu cita rasa sup di situ. Rasanya sedap dan membuatkan seperti tidak cukup semangkuk untuk dinikmati.
“Kuetiau sup ini tidak renyah untuk dimasak. Kita cuma perlu sediakan sup sahaja. Bahan yang lain cuma dicelur sebentar dengan air panas,” kata wanita yang menggunakan facebook Yasmin Dayanti Fami.
Jom kita lihat resipinya.
KUETIAU SUP ALA OLD TOWN

BAHAN SUP
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
1 jag air
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
300 gram ayam (dicarik atau dipotong kecil)
3 titik minyak bijan
BAHAN CELUR
1 peket kuetiau
2 tangkai sawi
10 ekor udang (buang kulit)
Segenggam tauge
Sedikit daun bawang/kucai
BAHAN LAIN
Segenggam cili padi (potong kecil)
Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan batang daun bawang. Biarkan batang daun bawang agak garing.
2. Masukkan air. Boleh agak-agak jumlah kuah yang anda mahukan.
3. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ayam. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan minyak bijan. Tutup api.

CARA PENYEDIAAN
1. Dalam mangkuk, letakkan kuetiau.
2. Kemudian masukkan sawi, udang, tauge dan daun bawang.
3. Tuangkan kuah.
4. Enak dimakan dengan cili padi potong yang diletakkan kicap.
Sumber: Facebook Yasmin Dayanti Fami
Aneka Hidangan Mi Ikut Citarasa Keluarga

Kadangkala bosan asyik masak nasi dan lauk pauk. Sesekali nak juga ubah selera supaya tidak bosan. Masak sesuatu yang mudah dan buka selera anda. Hidangan mi antara yang mudah dan mempunyai kepelbagaian jenis. Anda boleh cuba sresipi mi yang dikongsikan ini. Gerenti sedap!
MI KUAH
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato |hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
2 biji limau kasturi |belah dua (untuk diperah)
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B ( KUAH):
1kg tulang lembu |rebus empuk
2 biji ubi keledek (sederhana) | rebus dan kisar halus
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih |kisar
2cm halia | kisar
1 liter air rebusan tulang/daging
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kuah; panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak. Masukkan sos tomato, air rebusan daging/tulang dan tulang yang telah direbus lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
- Masukkan ubi keledek kisar dan didihkan hingga kuah pekat.
- Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
- Untuk menghidang; letakkan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk dan tuang kuah berserta tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas.
Info chef: Boleh hidangkan bersama cili jeruk atau potongan cili.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa manis tulang yang memberi rasa manis pada kuah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM15-RM25

MI ROJAK PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN A:
150gm mi kuning | celur dan toskan
50gm tauge | celur separuh masak
1 biji timun | hiris nipis
2 keping tauhu | goreng dan potong dadu
2 biji ubi kentang | rebus dan potong dadu
2 biji telur | rebus dan belah empat
3-4 cucur tepung @ cucur udang |potong kecil
2 jejari ketam | goreng dan potong kecil
3-4 biji bebola ikan |goreng & potong kecil
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
200gm kacang tanah
150gm udang kering | rendam & kisar lumat
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2-3 biji ubi keledek | rebus dan kisar lumat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kuah; goreng kacang tanah, cili kering, bawang putih dan bawang besar. Kisar semua bahan hingga halus.
- Campurkan bahan-bahan kisar bersama ubi keledek kisar, udang kering kisar dan air asam jawa ke dalam periuk. Tambah 2-3 cawan air lalu didihkan hingga kuah menjadi likat dan agak gelap.
- Tambah garam dan gula merah secukup rasa. Didihkan lagi kuah untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tutup api.
- Untuk menghidang; Isikan bahan-bahan A ke dalam pinggan menghidang dan tuang kuah ke atasnya.
Info chef: Jika suka boleh taburkan bawang goreng.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kuahnya yang pekat dan lemak
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Rebus, goreng dan didih
Anggaran harga: RM15-RM25

MI SIPUT/SANGGUL GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi siput/sanggul kering | rendam dan toskan
200gm udang segar | bersihkan
100gm tauge |buang ekor
50gm udang kering | rendam tumbuk lumat
2 batang sawi | potong kecil
3 ulas bawang putih | tumbuk lumat
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, sos cili, kicap dan udang. Tumis beberapa minit lagi hingga cili masak.
- Masukkan mi siput/sanggul, sawi dan tauge. Goreng sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Hidangkan dengan taburan cincangan daun bawang dan bawang goreng.
Info chef: Enak dimakan ketika panas.
Saiz Hidangan: 3-4orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Mi yang lebih halus dan kenyal dikunyah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran harga: RM15- RM25

MI SIZZLING
BAHAN-BAHAN:
2-3 gulung yee mee kering
5-6 biji cendawan shiitake kering | rendam sekejap dan celur
3-4 batang sawi hijau pendek | potong dan celur
1 biji telur
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
850ml air rebusan ayam/daging
½ ekor ayam |potong kecil
4-5 tangkai cili kering | potong pendek
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
3cm halia |cincang halus
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air | bancuh
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak perang.
- Tuang air rebusan ayam. Tambah kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan serbuk lada hitam. Didihkan hingga semua bahan empuk dan sebati.
- Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sediakan kuali sizzling, letakkan yee mee kering, cendawan shiitake celur dan sawi. Letak di atas api yang besar, tuang sesenduk kuah. Pecahkan sebiji telur di dalam kuali sizzling dan biar kuah mendidih sebentar. Hidangkan.
Info chef: Anda perlu menyediakan kuali sizzling sebelum memasak mi ini.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Pelbagai sos yang sedap dan cendawan Shiitake yang kenyal bila dikunyah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran harga: RM15-RM25

MI UDANG
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning | celur
2 biji tomato |hiris nipis
2 biji telur rebus |belah empat
50gram tauge | celur sedikit
2-3 batang sawi |potong kecil & celur
UNTUK HIASAN:
Hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan kulit udang (kulit udang direbus dan tapis, ambil airnya)
8-10 ekor udang sederhana besar
2-3 biji ubi keledek sederhana | rebus dan kisar
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100gm udang kering | rendam sekejap
3cm belacan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA-CARA:
- Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga menjadi pes yang lumat.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masak.
- Tuang air rebusan kulit udang dan belacan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah ubi keledek kisar, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan masak rata.
- Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika (jangan terlalu lama).
- Sediakan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk/pinggan menghidang, tuang kuah dan hidangkan.
Info chef: Saiz udang berdasarkan bajet anda sendiri.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Rasa manis udang meresap ke dalam kuah
Jenis Penyediaan: Kudapan
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM25

MI WANTAN SUP
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi wantan | celur dan toskan
2 ketul dada ayam
3-4 batang sawi hijau pendek | celur dan toskan
4-5 biji cendawan shiitake |bersihkan dan celur
4 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan ayam
8-10 biji wantan*
8-10 biji bebola ikan
4 ulas bawang putih | kisar halus
3cm halia |kisar halus
Garam & lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN C (WANTAN*):
8-10 keping kulit wantan
50gram cincangan isi ayam
½ batang lobak merah | cincang dadu halus
2 batang daun bawang |cincang halus
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh minyak bijan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat wantan*: satukan semua bahan C kecuali kulit wantan dan gaul rata menjadi inti. Letakkan sesudu kecil inti ke dalam kulit wantan, sapu keliling kulit wantan dengan kuning telur, bunjutkan wantan dan kemaskan bunjutan. Ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
- Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
- Masukkan wantan, bebola ikan, minyak bijan dan didihkan hingga wantan empuk.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sementara itu, panaskan sesudu minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tuang air rebusan ayam dan didihkan hingga semua bahan sebati. Masukkan mi wantan yang dicelur tadi dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Angkat.
- Ayam diperap bersama dua sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram dan 2 sudu makan madu selama sejam atau lebih. Goreng dan hiris nipis.
- Cara menghidang; Di dalam pinggan susun bahan-bahan A dan hidangkan bersama sup wantan yang dituang di dalam mangkuk berasingan.
Info chef: Enak dimakan bersama cili jeruk atau cili potong.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Rasa sup yang ringan yang enak dinikmati
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga:RM15-RM25

Resipi: Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang Selangor
Resipi Mi Jawa Dengan Ramuan Kuah Yang Enak Memang Tidak Cukup Sepinggan
Resipi Mushroom Sizzling Yee Mee. Begini Cara Masak Kuahnya Yang Sedap

