Cara Masak Makaroni Cheese Brokoli & Cendawan Super Yummy.

Share

Sedapnya Makaroni Cheese perkongsian saudari Irmaz Zamri ni. Mudah dan tidak guna banyak bahan. Kalau anak-anak sukakan rasa keju dan hidangan yangtak pedas, sesuai sangatlah cuba resipi ni. Sedap makan masa masih panas. Malah ia juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

 

RESIPI MAKARONI CHEESE PALING MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan makaroni
  • 3 cawan susu segar
  • 6 keping keju cheddar
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • Brokoli secukupnya | potong kecil dan rebus lembut
  • Cendawan butang secukupnya | potong dan celur
  • Lada hitam dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Rebus makaroni hingga lembut dan toskan airnya.
  2. Dalam kuali, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuang susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
  3. Masukkan kepingan keju dan susu pekat manis. Kacau sebati dan keju cair.
  4. Masukan brokoli dan cendawan butang. Gaul lagi hingga sekata.
  5. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam jika perlu.
  6. Angkat dan nikmati segera.

 

Kredit resipi & foto: Irmaz Zamri

 

 

 

Published by
Nur