Sedapnya Telur Tomato. Maklumlah sepanjang minggu raya, pasti kita semua dah banyak makan lauk pauk berasaskan ayam, daging, makanan laut dan sebagainya. Jemu kan? Bagi yang dah mula tak tahu nak masak apa dan nak makan apa, RASA kongsikan satu resipi paling ringkas perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit yang boleh dicuba. Menurut beliau, resipi mudah ni memang sedap. Anak-anak yang tak makan tomato pun boleh suka menu ni. Jadi, jom cuba.
RESIPI TELUR TOMATO SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 biji tomato (pilih yang besar dan merah)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Gula (perlu ada untuk hilangkan rasa masam dan maung tomato)
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak.
2. Pecahkan telur dan kacau guna garpu. Kemudian masukkan dalam kuali. Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.
3. Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat. Pastikan telur tidak terlalu masak.
4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak. Masukkan hirisan tomato.
5. Masak tomato hingga layu dan keluar airnya. Air tomato yang keluar tu akan menyedapkan lagi rasa telur.
Ads
6. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
7. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
Jangan kerana inginkan kelainan, mendapat nama dan ilmu yang sedikit, makanan yang dihasilkan boleh menjadi racun. Tidak perlu terikut -ikut jika ianya boleh memudaratkan walaupun bukan dalam serta merta mungkin ia mengambil masa lama.
Saya rasa makin menjadi-jadi la kes2 macam ni. Dengan ilmu sedikit dalam Natural Products (Sebatian semulajadi) yang telah Allah amanahkan ini, maka ingin saya ulas sedikit isu *telur dadar bunga kertas* ni.
Ini perkongsian dari Dr Fatimah Salim berkaitan ‘TELUR DADAR BUNGA KERTAS’
Ini kompilasi kajian2 yang sudah dibuat pada bunga kertas ni. Walaupun ada kesan positive seperti yang digembar gemburkan namun hanya diuji pada tikus makmal dan tidak banyak pada bahagian bunga. Kita juga sangat2 sayangkan dan mahu pakai lama badan kita ni, pastinya kita tidak mahu jadi seperti tikus makmal ☺️.
Nasihat saya, kalau tidak berkeperluan, tidak perlulah makan buat sayur. Bunga kertas ini ada sedikit bahan yang menyumbang kepada kebaikan badan, tapi harus diingat bahan yang tidak elok juga ada banyak akan memberi kesan sampingan seperti kerosakkan buah pinggang, keracunan pada hati juga masalah pernafasan. Sebab tu ianya tidak menjadi makanan harian kita . Banyak lagi makanan ruji yang ada dan banyak maanfaatnya.
Dr Fatimah Salim
– PhD in Natural Product
-Fellow Research di Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM Puncak Alam
– Youth Scientist Network Academy Science Malaysia (YSN-ASM) Affiliates
– Member of Malaysian Natural Product Society (MNPS)
– Ahli Kimia berdaftar, Institut Kimia Malaysia
Kredit to Dr fatimah salim.
LAGI VIRAL TELUR DADAR BUNGA MAWAR
Jika tadi viral pasal telur dadar bunga kertas, timbul pulak insan kreatif menjadikan bunga mawar pula sebagai bahan campuran dalam telur dadar..
Sumber mengatakan, “kelopak bunga mawar mengandungi sekilar 95 peratus air. Kelopaknya tinggi dengan vitamin dan rendah kalori. Perubatan Cina kuno mendapati kelopak bunga mawar boleh digunakan untuk mengubati gangguan pencemaan, menyembuhkan luka dan kitaran haid yang tidak lancar,” petik laman tersebut.
Bukan itu sahaja konsumsi kelopak mawar boleh meningkat kesihatan mental dalam Journal Psychology Today menjelaskan mengambil kelopak mawar akan membangkitkan rasa gembira dari dalam badan secara spontan.
Mungkin masih asing di kalangan orang kita, namun di negara Timur Tengah mereka menggunakan air mawar atau kelopak mawar dalam pelbagai hidangan mereka.
Sumber: bm.cari.com.my
Jika kamu yakin akan khasiatnya dan tidak memudaratkan kesihatan tidak mengapa untuk mengambilnya, tetapi jika ragu-ragu lebih baik bertanya pada mereka yang lebih arif dan pakar dalam bidang ini. Jadi tepuk dada tanya selera dan jangan mudah terikut dengan sumber yang belum pasti khasiatnya.
Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan malam dengan menu Telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang mudah dan boleh dicuba.
RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
Telur puyuh walaupun kecil tapi sedap dan kaya dengan khasiat. Kepada pengemar telur puyuh, hari RASA kongsikan 1 menu ringkas menggunakan telur puyuh yang sangat sedap dan boleh dipadankan dengan nasi putih, nasi lemak, roti mahupun roti canai. Orang bujang boleh cuba ni kerana resipi disertakan dengan DIY cara membuatnya sekali.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh|direbus dan buang kulit
2 keping nanas dalam tin| didadu kecil
Sedikit cili benggala |didadu kecil
2 sudu makan pes cili merah
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar|dicincang halus
2 ulas bawang putih|diincang halus
2cm halia muda |dicincang halus
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya.
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia cincang hingga wangi.Masukkan pes cili merah, kacau hingga pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomatoLengkapkan rasa dengan garam dan gulu secukupnya.
Masukkan telur puyuh dan gaul rata.
Diikuti dengan nanas dan cili benggala telah didadu kecil, gaul rata. Angkat dan hidangkan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.