Cara Masak Mi Ayam Cina Istimewa, Menu Ringkas Tapi Lazat

Share

Sempena cuti sekolah ni , dikongsi cara buat mi ayam , menu asli cina yang ringkas tapi cukup menyelerakan dan pasti disukai anak-anak. Rasanya tidak pedas dan sesuai juga buat yang sedang diet. Untuk rasa yang pedas, boleh tambah hirisan cili padi.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam
  • 2 biji bawang besar Holland ] dihiris bulat
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 4 ulas bawang putih ] dikisar
  • 4 biji bawang merah ] dikisar
  • 1cm halia ] dikisar
  • 1cm lengkuas ] dikisar
  • 1 sudu teh biji ketumbar ] dikisar
  • 2 batang serai ] ketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup ] dicelur hingga lembut
  • 2 paket An’Nur Perencah Sup
  • Sedikit Pak Choy ] dicelur
  • 1 biji telur ] direbus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
  3. Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
  5. Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
  6. Nikmati segera.
Published by
Putri