Cara Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap.

Share

Tercari-cari resipi Mi Goreng Basah yang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudari Ieda Roslida ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Menurut empunya resipi, para peminat mi goreng basah pasti menyukai rasa hidangan ini kerana ia seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba.

 

MI GORENG BASAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi kuning – dibilas dan tos
  • 10 ekor sotong – dibersihkan, potong dan tos
  • 1 paket Fish ball – dibersihkan potong dan tos
  • 1 ikat sayur sawi jepun – dibersihkan, potong dan tos
  • 1 biji tomato – dibersihkan dan dibelah 6
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap mi
  • 1 cawan kecil air
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis

BAHAN TUMBUK ( HINGGA PECAH @ LUMAT):

  • 10 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.

3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.

4. Masukkan air 1 cawan kecil.

5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.

6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.

INFO:

  1. Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
  2. Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.

 

KREDIT RESIPI & FOTO: Ieda Roslieda

 

 

Miliki MESIN PENGISAR baru yang berkualiti dengan harga berpatutan. Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak RESIPI MI & PASTA yang best ? Boleh cuba resipi di bawah ni:


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur