Cara Masak Mi Kicap Mudah Untuk Makan Malam.

Share

Sedapnya Mi Kicap perkongsian saudari Cik Puan Julieta ni. Sesuai sangat untuk anda yang gemarkan sajian makan malam yang sedap dan tak terlalu berat. Cara memasaknya pun sangat mudah. Suami dan anak-anak pasti suka. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI MI KICAP MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Mee wantan – boleh guna Mee Kering @ Dried Noodles.
  • 2-3 pokok sawi pak choy
  • 2-3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • Lada sulah secukupnya
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan minyak bijan
  • Kicap pekat secukupnya
  • Garam dan gula secukupnrasa
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
  • 1-2 keping dada ayam
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • Lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Daun bawang secukupnya – hiasan

CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan celur mi kering dan sawi hingga lembut. Toskan airnya.


2. Perap ayam bersama kicap masin, kicap manis dan lada sulah selama 30 minit. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.

4. Masukkan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kuahnya agak-agak pekat. Setelah kuah mendidih, padamkan api.


7. Untuk menghidang, ambil mi yang telah di tos tadi. Masukkan ke dalam bekas dan gaulkan dengan sedikit kuah kicap.
8. Masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan hirisan ayam goreng yang tekah dihiris nipis bersama sawi yang dicelur.


9. Tuang lagi kuah kicap tadi dan hiaskan dengan hirisan daun bawang. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta

Published by
Nur