Terasa nak makan mi? Sajian mi kicap ni paling cepat buat.  Kalau nak makan di kedai, agak susah nak jumpa restoran yang jual mi kicap yang kena dengan selera. Jadi, bolehlah cuba masak sendiri. Resipi ni hanya perlukan masa 15 minit je untuk masak. Bila buat sendiri ni, rasanya tentunya lebih sedap, kebersihan terjaga dan paling penting adalah hasil air tangan sendiri. Malah pengguaan minyak bawang putih menaikkan lagi aroma hidangan ini. Barulah suami dan anak-anak makin sayang. 

 

RESIPI MI KICAP PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:

Cara Masak Mi Kicap Sedap Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit.

  •  1 keping mi wantan ] rebus
  •  250ml air
  •  1 paket serbuk perencah sup ayam

BAHAN A (UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH):

Ads
  • 3 biji bawang putih ] racik halus
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN B (UNTUK SOS KICAP):

  • 3 biji bawang putih ] racik halus
  • 20ml minyak masak
  • 1cm halia ]tumbuk
  • 50ml kicap manis
  • 50ml sos tiram
  • 50ml kicap pekat
  • 50ml cili sos
  • 1 kiub pati bilis/ayam
  • 5gm lada sulah
  • Garam dan gula jika perlu

 

 CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat mi kicap; Celur pak choy hingga lembut. Angkat dan ketepikan.

Cara Masak Mi Kicap Sedap Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit.

 

2. Letak mi wantan yang telah direbus terlebih dahulu ke dalam kuali atau mangkuk besar dan tuang sedikit minyak bawang putih. Untuk membuat minyak bawang putih: Panaskan minyak dalam kuali sebanyak yang anda mahu. Apabila cukup panas, tumis bawang putih kekuningan dan terbit wangi. Tutup api dan angkat. Ketepikan.

Cara Masak Mi Kicap Sedap Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit.

 

3. Tuangkan pula sos kicap. Untuk membuat sos kicap: Masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik bau dan masukkan semua kicap, sos tiram dan cili sos dan sedikit air dan kicap pekat. Biar ia mendidih dan masukkan pati ikan bilis atau pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biar mendidih hingga kuah pekat. Biar sejuk. Ketepikan.

Cara Masak Mi Kicap Sedap Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit.

Ads

 

4. Masukkan sedikit perasa ayam . Gaul sebati.

Cara Masak Mi Kicap Sedap Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit.

 

5. Angkat dan hias dengan pak choy, ayam goreng, hirisan cili merah dan parsli. Sedia dinikmati.

Ads

Cara Masak Mi Kicap Sedap Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit.

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI: 

Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Macam Nasi Ala Kak Wok.

Nasi Goreng Daging Bersama Kacang Panjang. Makan Malam Ringkas Tapi Penuh Selera.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI