Sedapnya menu MiKicap dan Sup Wantan ni. Tetapi jika nikmati di kedai atau restoran, semangkuk hidangan Mi Kicap bersama Sup Wantan boleh mencecah harga belasan ringgit. Makan pun tak puas. Jadi bagi anda yang nak cuba masak sendiri sajian ni, resipi perkongsian saudari AliyaFarhana Chomeyy ni antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
2 ulas bawang putih |dicicang halus
2 sudu makan kicap
½ sudu makan cuka
½ sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika. 2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan cili dan cili benggala. 3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi. 4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Gril/panggang Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef :Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
200gm tepung pulut
4 sudu besar gula castor
Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
200 gm buah kundur (rock melon)
100 gm gula
250 ml air
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati. 2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus. 3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus. 4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil. 5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi. Cara masak inti : 1 . Potong dadu (kecil) buah kundur. 2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur. 3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Kukus Jenis Masakan : Manisan Jepun Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef: Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
120 gm tepung beras
40 gm nasi putih
¼ sudu teh garam
2 sudu makan minyak sayuran
4 sudu makan air
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar sehingga halus. 2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul. 3. Uli adunan sehingga sebati. 4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis. 5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan. 6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit. 7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Keropok Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum
150gm keladi jepun | diparut
10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml air
250 gm kobis | dihiris halus
50 ml mayonis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik. 2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati. 3. Panaskan kuali bersama minyak masak. 4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali. 5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan. 6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya. 7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 15minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef :Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
1 sudu teh minyak bijan
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji lobak merah | diparut
2 helai daun kobis | diracik halus
¼ cili benggala hijau
500 gm udang
1 ikat daun bawang | dihiris kasar
½ sudu teh bijan
1 sudu teh kicap
1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. 2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika. 3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika. 4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef:Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.
Mi Kolok Sarawak ni kalau tengok resipi memang nampak rumit tapi bila makan memang berbaloi sedap dan gerenti puas hati. Jadi apa kata kita cuba masak sendiri. Kalau sudah biasa mesti mudah,
Cubalah ye..
Mi Kolok Daging Sarawak
Bahan-bahan:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Memasak Sup:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
Cara Memasak Mi :
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Cara Memasak Sambal:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Laksa Ikan Sardin ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Siapa sangkat hidangan ini disediakan menggunakan ikan sardin dalam tin. Maklumlah, biasanya kalau nak masak kuah laksa, kita guna ikan kembung atau ikan sardin segar. Bagi anda yang nak cuba masak hidangan Laksa Ikan Sardin ni untuk keluarga, saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK LAKSA IKAN SARDIN SEDAP
BAHAN A:
1 tin ikan sardin – buang sos – beli online DISINI