Nasi Air Thai memang enak dan sangat mengenyangkan. Ringkas sahaja hidangannya namun rasa memang sedap. Sedikit berbeza dengan sajian bubur nasi biasa kerana ia dihidangkan bersama kuah sup serta bahan-bahan sampingan yang lain. Nasi Air Thai ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ichi Safitri ada kongsikan resipinya. Resipi ini sesuai untuk hidangan 4-5 orang makan. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI AIR THAI YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
2 liter air
2 ulas bawang putih
Kiub pati ayam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras, rendam hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk beku semalaman.
2. Masukkan beras beku ke dalam periuk dan masukkan air, bawang putih dan kiub pati ayam.
3. Masak sehingga nasi jadi bubur. Jika beras masih keras, boleh tambah air hingga jadi lembik.
BAHAN KUAH:
1/2 bahagian ayam
1 kiub pati ayam
1/2 batang serai – dititik (jangan banyak nanti kuat sangat rasa serainya)
4 ulas bawang putih – ketuk
1 inci halia – ketuk
1 liter air
Garam, gula & serbuk cukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat kuah, satukan semua bahan dan masak hingga ayam empuk dan kuah enak berperisa.
2. Bila sudah masak, keluarkan ayam dan carikkan isinya.
BAHAN LAUK SAMPINGAN:
Minyak bawang putih – cincang bawang putih kemudian goreng dengan sedikit minyak masak. Biarkan sejuk. Simpan bersama minyaknya sekali.
Bebola ikan – rebus sekejap dengan kuah sup tadi.
Kangkung – celur dengan air panas
Ikan bilis goreng – beli online disini
Telur masin
Cili flakes – beli online disini
Air lada – kisar 3 biji cili merah bersama cili api merah. Tambah cuka, gula dan garam secukup rasa
CARA MENGHIDANG:
1.Tuang bubur nasi ke dalam mangkuk dan tambahkan lauk sampingan dengan secukupnya.
2. Tuang kuah sup panas-panas.
3. Nasi Air Thai sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ichi Safitri
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sajian 2 Negara ASEAN, Thailand + Indonesia. Fuhh.. Jangan Tak Cuba
Masakan negara Asean memang serasi betul dengan tekak kita. Bahannya mudah dicari dan rempah ratusnya agar menyamai dengan Malaysia.
Jika negara Thai kaya dengan penggunaan herba, daun limau purut, bunga kantan dan rasa masam pedai menggoda, Indonesia pula lebih dekat rasa sajiannya dengan masyarakat Melayu.
Ni min kongsikan 2 resipi dari Tanah Abang , Indonesia dan 2 hidangan dari negara Gajah Putih, Thailand . Dijamin sedap…
1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai /diketuk
- 4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam /dihiris
- 1 ekor sotong putih/dihiris
- 2 ulas bawang putih /dititik
- 2 biji bawang merah/ dihiris
- 5 ekor udang kering/ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Telur sarang
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam /dicincang
- 3 ulas bawang putih /dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang /dicincang
- 1 ekor sotong /dicincang
- 4 ekor kupang /dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang /dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak /dicincang halus
- 2 batang cili padi /dihiris
- 2 ulas bawang putih /dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland /dicincang
- 2 biji bawang merah/ dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5. Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
10 Juadah Open House Teramatlah Sedapnya, Inspirasi Hotel Sri Petaling, KL
Di pagi raya sajian nasi, daging, ayam pasti memenuhi meja. Apa lagi jika lauk yang dimasak adalah resipi tradisional yang tiada tandingan.
Bagi anda yang nak mencari menu apakah yang mahu dimasak di Aidilfitri, Chef Mohd Azizi Hamzah, Chef Mohamad Nazri Omar dan Chef Zulkefli Ismail dari Hotel Sri Petaling, Kl memaparkan seleksi resepi Syawal terbaik buat pengikut RASA.
- NASI KEBULI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg basmathi
- 300 gm bawang merah | dikisar
- 200 gm halia | dikisar
- 100 gm lengkuas | dikisar
- 100 gm kunyit hidup | dikisar
- 15 gm lada hitam | ditumbuk halus
- 20 gm serbuk ketumbar
- 4 batang serai | dititik
- 1 helai daun tutur atau daun teratai | untuk menutup nasi
- 1 tin susu cair
- 2 helai daun pandan | disimpul
- 150 gm minyak sapi
- 1 liter air
- Sedikit serbuk perasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk, Tumiskan sekali bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup yang telah dikisar.
2.Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan lada hitam, serbuk ketumbar bersama susu cair, garam dan serbuk perasa. Masukkan pula air ke dalamnya dan biarkan mendidih.
3. Bila mendidih masukkan beras basmati dan tanak nasi.
4. Bila air hampir kering, kecilkan api dan masukkan daun tutur untuk menutup atas nasi. Tutup tudung.
5. Bila nasi masak bolehlah dihidang
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Nasi
Keistimewaan : Berperisa dan berempah, daun tutur membangkit aroma dan rasa.
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Nasi kebuli berasal dari rantau Timur Tengah terutamanya Yaman. Ia cukup popular di Pahang dan dikatakan terkenal dari kalangan istana Pahang.
- RENDANG BAHU KAMBING
BAHAN-BAHAN :
- 600 gm daging bahu kambing | direbus terlebih dahulu
*Ambil sedikit air rebusan
- 200 gm cili padi | ditumbuk halus
- 100 gm serbuk jintan manis
- 100 gm serbuk jintan putih
- 300 gm kerisik
- 4 batang serai | diketuk
- 2 helai daun kunyit | dihiris/carik
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
Bahan dikisar :
- 400 gm bawang merah
- 200 gm bawang putih
- 50 gm halia
- 200 gm lengkuas
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.
- Setelah itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih,cili padi, serai dan sedikit air untuk mengelakkan dari kering.
- Kemudian masukkan bahu kambing, kacau rata biarkan rencah sebati dengan daging, masukkan air rebusan kambing secukupnya. Apabila air daging hampir kering masukkan santan.
- Seterusnya masukkan daun kunyit dan kerisik. Masukkan garam dan gula secukup rasa apabila daging sudah empuk.
- Makanan sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 1jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rendang sedap dimakan bersama ketupat, nasi impit dan leman
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF: Biarkan daging mereneh lama, agar ia benar-benar empuk dan meresap rencahnya.
- AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg dada ayam
- 50 gm serbuk lada hitam
- 30 gm cendawan butang
- 30 ml kicap manis
- 10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar :
- 100 gm bawang putih
- 150 gm bawang merah
- 50 gm halia
CARA MEMASAK :
- Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
- Kemudian goreng ayam separuh masak
- Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
- Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
- Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
- DALCA TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
- 300 gm kacang dhall | direndam dahulu
- 30 gm halba campur
- 5 gm daun kari
- 500 ml santan
- 200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
- 200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
- 200 gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
- 200 gm halia
Bahan sayur-sayuran :
- 300 gm lobak merah | dipotong kecil
- 200 gm kacang panjang | dipotong
- 5 biji ubi kentang | dibelah baji
- 300 gm kubis bunga
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
- Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
- Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
- Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
- Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
- DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg daging batang pinang
- 50 gm kulit kayu manis
- 50 gm bunga lawang
- 30 gm bunga cengkih
- 300 gm rempah kurma
- 1 tin susu cari
- 5 gm daun kari
- 500 ml santan
- 5 biji kentang | dibelah baji
- 2 biji tomato | dibelah 4
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
- 300 gm bawang merah
- 150 gm bawang putih
- 50 gm halia
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dalam kuali/periuk.
- Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari sampai naik bau.
- Selepas itu masukkan bahan -bahan dikisar bersama rempah kurma. Kacau sebati dan tumis hingga naik minyak.
- Kemudian masukkan daging dan sedikit air, biarkan daging empuk.
- Masukkan santan dan ubi kentang, biarkan sehingga empuk. Biarkan mereneh seketika dengan api kecil
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
- Hidangan siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 – 40 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Lauk yang kaya dengan rasa rempah ratus.
Anggaran kos : RM 55
INFO CHEF : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk daging ayam. Biarkan mereneh dengan api kecil sehingga rencahnya sebati ke dalam daging.
- DAGNG TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
- 600 gm daging tetel lembu
- 4 batang serai | dititik
- 1 liter santan
- 200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
- 3 asam keping
- 2 helai daun kunyit
- 5 helai daun limau purut
- 2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
- 300 gm bawang merah
- 100 gm kunyit hidup
- 200 gm cili padi
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan air sehingga mendidih.
- Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
- Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
- Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
- Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak
Anggaran kos : RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
7. TELUR PUYUH MASAK ACAR
BAHAN-BAHAN :
- 20 biji telur puyuh | direbus, kupas dan toskan
- 300 gm bawang merah | dihiris
- 200 gm bawang putih | dihiris
- 2.5 sm halia | dihiris
- 4 batang serai | diketuk
- 100 gm kunyit hidup | ditumbuk halus
- 300 gm lobak merah | dipotong jejari
- 300 gm timun | dipotong jejari
- 300 gm kacang panjang | dipotong jejari
- 5 gm biji bijan
- 30 ml cuka makan
- 200 gm sos cili
- 200 gm sos tomato
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup sehingga pecah minyak.
- Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit cuka, perasakan dengan garam dan gula.
- Biarkan ia betul-betul masak, barulah dimasukkan lobak merah, timun dan kacau panjang. Kacau sebati
- Kemudian masukkan telur burung puyuh. Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan sedikit biji bijan
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rasa masam manis dan rangup dengan sayur-sayuran
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Jika mahu pedas sedikit tambahkan hirisan cili merah dan hijau ke dalam sajian selepas memasukkan telur
- SATE GORENG
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm isi ayam | dipotong kecil
Bahan dikisar :
- 250 gm bawang merah
- 10 batang serai
- 100 gm halia
- 100 gm lengkuas
- 50 gm ketumbar | sangai dulu sebelum kisar
- 50 gm jintan manis | sangai dulu sebelum kisar
- 50 gm jintan putih | sangai dulu sebelum kisar
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
- Kisar sekali bawang merah, serai halia, lengkuas, ketumbar biji, jintan manis dan biji jintan putih. Perasakan gula dan garam secukup rasa
- Kemudian perapkan bersama isi ayam sekurang satu jam untuk biarkan ia sebati dan meresap ke daging.
- Selepas itu ayam digoreng dengan api yang sederhana hingga empuk.
- Sajian boleh dihidangkan bersama kuah kacang dan ketupat.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng.
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ringkas dan jimat masa berbanding dengan kaedah bakar dan gril
Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF : Goreng ayam yang diperap dalam minyak yang terendam.
9. KETAM MADU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg ketam | dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit.
- 80 ml madu
- 50 gm serbuk ketumbar
- 30 gm jintan manis
- 25 gm jintan putih
- 50 gm serbuk kari | untuk ‘seafood’
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
- 50 gm bawang putih
- 150 gm bawang merah
- 50 gm halia
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dalam kuali. Goreng ketam separuh masak. Toskan.
- Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.
- Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih dan serbuk kari hingga pecah minyak dan garing.
- Setelah semua ramuan dikacau sebati, masukkan ketam dan madu.
- Perasakan dengan garam dan gula
- Sajian siap dihidangkan
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Makanan laut
Keistimewaan : Ketam yang manis dan berperasa rempah yang harum.
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun sup.
- HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm hati ayam
- 200 gm kacang panjang
- 6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
- 4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm fucuk | direndam dahulu
- 150 gm soo hoon | direndam dahulu
- 20 ml kicap manis
- 100 gm pes cili kering
- garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
- 200 gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
- Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
- Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
RESIPI : CHEF MOHD AZIZI HAMZAH. CHEF MOHAMAD NAZRI OMAR, CHEF ZULKEFLI ISMAIL
Terima kasih : HOTEL SRI PETALING, KL, 30 Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Selangor
Nak Diet, Elok Kalau Guna Beras Rebus Atau Parboiled Rice. Tinggi Khasiat Rasa Pun Sedap!
Sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal beras, yang selalu beli pun beras putih, basmathi dan beras merah.. Rupanya beras parboiled atau beras rebus ni lagi bagus sebab khasiatnya lebih dan glisemik indeks rendah. Glisemik indeks rendah ni la yang penting kalau nak kurus.
Apakah kelebihan beras parboiled?
Beras parboil adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap!
Khasiatnya mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza. Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dari pelbagai jenama seperti Faiza Basmathi Moghul Parboiled, Basmathi Pusa Parboiled, Beras Rebus Terpilih Jati, Beras Rebus cap gajah, dan lain-lain. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kata nak lebih sihat kan?
Beras yang siap dimasak. Warna beras ni agak kuning sedikit tetapi jangan ingat beras tak elok pulak. Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH.. Lembut sangat beras ni.
Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.
So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan sila la try beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa.. Janji nak sihat!
Sumber: ainulmustafa.com
CUBA JUGA RESIPI INI:
Resipi Pes Homemade Untuk Memasak Nasi Ayam. Mudah Sangat Kalau Ada Pes Ni.