
Nasi Ayam pastinya antara hidangan kegemaran ramai. Ada banyak resipi yang anda boleh cuba. Ada yang susah dan ada yang ringkas. Bagi yang teringin nak makan tapi cari resipi yang simple, ini resipi yang anda perlukan. Yang sedang diet pun boleh cuba sebab menu ini tidak menggunakan minyak. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras | dibasuh bersih
- 2 ketul ayam
- 3 akar ketumbar
- 2 hiris halia
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 biji bawang merah | dihiris
- 2 kiub pati ayam
- 6 cawan air
BAHAN SOS:
- Sos thai secukupnya
- 3 biji cili padi | hiris halus
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1/2 biji jus limau nipis
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, akar ketumbar, halia dan kiub pati ayam. Gaul rata.
- Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
- Keluarkan ayam kemudian masukkan beras. Gaul rata.
- Masukkan kembali ayam ke dalam periuk. Kemudian tutup dan masak seperti biasa.
- Untuk sos, campurkan sos thai, kicap pekat, limau nipis, cili padi dan air. Gaul rata hingga sebati.
- Hidangan nasi bersama hirisan ayam serta sos.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

Ulam merupakan suatu juadah penting dalam hidangan harian bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu di kampung, malah kini hidangan ulam juga digemari warga kota termasuk masyarakat bukan melayu.
Ulam mempunyai banyak khasiat kerana kebanyakkannya dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Apa lagi, jom kita cuba resipi-resipi berasaskan ulam-ulaman ni! Selamat mencuba!
NASI ULAM UTARA

BAHAN A ( ULAM-ULAMAN)
- Daun pegaga
- Daun gajus
- Daun mengkudu
- Daun kaduk
- Kacang panjang
- Daun Cemumar
- Daun kesum
- Bunga kantan
( Info: Boleh juga guna daun-daun yang lain seperti daun seketut, cekur, putat dan lain-lain)
BAHAN B ( DITUMBUK)
- 7-8 batang serai
- 7-8 ulas bawang merah
- 5-6 tangkai cili hidup
- 5-6 tangkai cili kering
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 ketul kecil belacan – lebih sedap jika dibakar sedikit
- Kerisik secukupnya
- 3cm lengkuas
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto
BAHAN LAIN:
- 1 ekor ikan tongkol – dibakar
- 1 ekor ikan talang masin – digoreng @ dibakar
CARA PENYEDIAAN:
- Bahan A dibersihkan dan dimayang halus-halus. Jangan hiris besar nanti tercekik bila makan.
- Bahan B pula dihiris dan ditumbuk hingga halus. Nak kisar pun boleh tapi pastikan guna air sedikit sahaja di dalam pengisar. Ia bagi mengelakkan rencah berair.
- Ikan tongkol dibersihkan dan dibakar hingga masak. Isinya sedap diletak dalam nasi ulam.
- Rupa ikan tongkol yang telah siap dibakar. Boleh juga tambah ikan talang masin yang dah digoreng atau dibakar untuk rasa nasi yang lebih enak. Ikan diperisikan, dibuang tulang dan ditumbuk halus.
- Letak nasi dalam bekas bersesuaian dan campurkan dengan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
- Masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.
- Nasi Ulam yang telah siap digaul. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Aminah
KERABU SELOM & ULAM RAJA

BAHAN-BAHAN
- Setengah cekak daun selom (cuci bersih & hiris halus)
- Setengah cekak ulam raja (cuci bersih & hiris halus)
- 1 biji bawang besar (dimayang)
- 1 biji limau nipis (ambil jus)
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- 1 cawan (atau lebih) kelapa parut putih
BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS
- Sejemput ikan bilis (buang kotoran dan tulang, kemudian direndam)
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- 1 inci belacan
CARA PENYEDIAAN
- Setelah lumat bahan-bahan tumbuk di atas, campurkan dengan kelapa parut dan tumbuk lagi separa lumat.
- Campurkan kesemua bahan yang dihiris ke dalam bekas. Campurkan dengan bahan-bahan tumbuk tadi. Perahkan jus limau nipis & perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaul mesra. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Madihaa aka Ratna
KERABU DEDAUN ULAM

BAHAN-BAHAN (A)
- 1 ikat besar daun pegaga*
- 1 ikat daun selom*
- 2-3 tangkai daun selasih*
- Hiris halus *
- 1 mangkuk taugeh-celur
- 1 biji cili merah besar-hiris
- 2 labu bawang merah-mayang
Info: Boleh gunakan pelbagai jenis ulam lain. Ikut selera dan apa yang ada di dapur. Contohnya kacang panjang, kacang botor, kubis, salad, jantung pisang, taugeh, timun dan lain-lain.
BAHAN REMPAH KERABU (B)
- 1/2 biji kelapa parut (sangai hingga perang dan tumbuk)
- 1 genggam udang kering- cuci bersih (sangai dan tumbuk)
- 1 mangkuk udang (dibuang kulit dan dicelur- cincang)
Info: Boleh juga guna isi kerang/isi ikan/isi ayam/daging.
BAHAN TUMBUK LUMAT (C)
- 1/2 ici belacan
- 4 biji cili padi merah-boleh tambah/kurang ikut tahap kepedasan memasing
BAHAN PERISA (D)
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 2 biji limau nipis-perah ambil airnya
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan A, B, C dan D dalam mangkuk besar.
- Gaul rata semua bahan dan rasakan masin, masam dan manisnya.
- Siap!
Kredit resipi & foto: Cik Wan
URAP DAUN PEGAGA

BAHAN-BAHAN
- 300 g pegaga segar
- 1 ulas bawang putih
- ½ biji bawang besar
- 3 biji cili api
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ketul isi cekur
- 2 helai daun cekur (dibersihkan dan dihiris halus)
- ½ biji kelapa parut (ambil bahagian putihnya sahaja)
- Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Sayur pegaga dibersihkan dan ditos airnya. Hiris kecil (lebih kurang 1 cm) bersama dengan batang-batangnya sekali. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
- Tumbuk bawang putih, bawang besar, cili api, udang kering, isi cekur, garam dan gula hingga halus.
- Masukkan kelapa parut dan tumbuk-tumbuk manja hingga semua nampak sebati.
- Masukkan semua bahan tumbuk dan daun cekur ke dalam mangkuk berisi daun pegaga tadi. Gaul rata.
- Hidangkan.
Kredit resipi & foto: Cikgu Ani Bawok
KERABU KACANG BOTOL

BAHAN A
- 10 biji kacang botol
- 7 biji limau nipis (diperah, ambil jusnya)
- 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 1 batang serai (dihiris nipis)
- Sedikit garam

BAHAN A
BAHAN B (KISAR)
- 2 biji cili merah
- 10 biji cili api
- 5 ulas bawang merah
- 2 sudu besar udang kering (direndam lembut)
- 1 sudu serbuk belacan

BAHAN B

SERBUK BELACAN
Info: Untuk kacang botol tu cuci bersih dan potong sesuka hati. Tapi eloklah potong kecil-kecil. Belacan tu pula, memang ada yang serbuk. Boleh dapat di pasaraya.
CARA PENYEDIAAN
- Dah siap bahan hiris dan kisar, satukan semua bahan- bahan tadi dalam satu mangkuk besar.
- Masukkan air perahan limau tadi dan perasakan dengan sedikit garam.
- Gaul sebati dan kalau nak perasakan dengan sedikit gula pun boleh.
- Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Bella Jamal
Resipi Bubur Nasi Cendawan Shiitake Yang Enak & Mudah Untuk Sarapan. Sekejap Saja Licin Semangkuk

Hidangan bubur nasi cendawan shiitake ini memang enak dimakan waktu pagi. Tak perlu pelbagai lauk sebagai pelengkap kerana rasa bubur nasi ini sememangnya sudah sedap. Bukan anak-anak saja suka yang dewasa pun sama, sekejap saja licin semangkuk.
Resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake
Bahan-bahan
1 pot beras
Cendawan shiitake
Lobak merah
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar serbuk sup
Mixed herbs
Serbuk lada hitam (jika suka)
2 sudu besar minyak masak/zaitun
Garam & perasa secukupnya
Air secukupnya
Daun sup & Daun bawang

Cara membuat
1. Rendam beras.
2. Dadukan atau cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi sudah masak, boleh terus masukkan bahan-bahan. Kacau sebati, jika terlalu pekat boleh ulang tambah air, tunggu sehingga masak elok.

4. Sedia dihidangkan, taburkan dengan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.
INFO: Sukatan bahan bubur sesuai untuk lima orang makan

Kredit resipi: Shaa Zainol
Cara Masak Nasi Goreng Kerabu. Resipi Mudah & Sedap Untuk Sarapan

Nasi Goreng Kerabu, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan tidak sukar diperolehi malah boleh guna apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk. Sesuai sangat dijadikan menu sarapan keluarga. Malah ia juga sesuai disajikan pada bila-bila masak. Sangat berkhasiat dan juga mengenyangkan. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK NASI GORENG KERABU SEDAP

BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi – peroikan
Udang
2 sudu makan ikan bilis – goreng
1 biji bawang merah – hiris – beli online disini
3 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini
1 biji cili hijau – hiris
1 batang serai – hiris
1 kuntum bunga kantan – hiris
3 helai daun limau purut
Petai
2 tangkai kacang panjang – potong
2-3 biji telur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1/2 sudu teh serbuk lada putih – beli online disini
2-3 sudu makan sos ikan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.

2. Kemudian pecahkan telur masak sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan cili hijau.

4. Kemudian masukkan udang. Goreng sehingga masak.

5. Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai. Gaul rata.


6. Masukkan serbuk perasa, garam, nasi, ikan bilis dan telur. Gaul lagi hingga semua bahan jadi rata.

7. Akhir sekali masukkan sos ikan. Goreng sehingga sedikit berasap.

8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap
Resipi Wool Roll Bread. Roti Homemade Viral Yang Sangat Sedap & Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


