Cara Masak Nasi Ayam Thai Versi Mudah, Sihat & Tak Pakai Minyak Langsung!

Share

Nasi Ayam pastinya antara hidangan kegemaran ramai. Ada banyak resipi yang anda boleh cuba. Ada yang susah dan ada yang ringkas. Bagi yang teringin nak makan tapi cari resipi yang simple, ini resipi yang anda perlukan. Yang sedang diet pun boleh cuba sebab menu ini tidak menggunakan minyak. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras | dibasuh bersih
  • 2 ketul ayam
  • 3 akar ketumbar
  • 2 hiris halia
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 2 kiub pati ayam
  • 6 cawan air

BAHAN SOS:

  • Sos thai secukupnya
  • 3 biji cili padi | hiris halus
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1/2 biji jus limau nipis
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, akar ketumbar, halia dan kiub pati ayam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  3. Keluarkan ayam kemudian masukkan beras. Gaul rata.
  4. Masukkan kembali ayam ke dalam periuk. Kemudian tutup dan masak seperti biasa.
  5. Untuk sos, campurkan sos thai, kicap pekat, limau nipis, cili padi dan air. Gaul rata hingga sebati.
  6. Hidangan nasi bersama hirisan ayam serta sos.

Published by
Nur