Hidangan nasi dagang ini bukan jadi kegemaran orang pantai timur saja. Disebabkan itulah ramai yang sanggup belajar masak nasi dagang supaya puas makan di rumah.
Cuma bab masak nasi dagang yang perlu beberapa kali dikukus buat ramai yang terbantut hasrat untuk menyediakannya.
Tapi sebenarnya ada saja cara masak nasi dagang ekspres, yang mudah dan cepat tanpa perlu dikukus. Kaedah masak nasi dagang ini dikongsi oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim.
Cara masak nasi dagang ekspres, tak perlu kukus
Bahan nasi dagang:
1 cawan beras basmathi
1 cawan beras perang nasi dagang
1 cawan beras pulut
Halia dihiris
Bawang merah dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Santan kelapa/santan kotak secukupnya campurkan dengan air. Jangan pekat sangat .
*Kuantiti santan ikut jumlah cawan beras atau lebihkan sedikit.
Cara membuat nasi dagang tanpa kukus
Ads
1. Beras perang direndam dahulu beberapa jam atau semalaman. Kalau guna steamed basmathi, hanya rendam dalam 10 minit cukup.
2. Basuh semua beras, masukkan semua ke dalam periuk.
3. Campurkan santan dengan air. Sukatannya dilebihkan, jadinya 4 cawan santan, 3 cawan beras atau ikut kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.
– Lebihkan santan biar berminyak dan berkilat nasi dagang.
– Kalau guna santan kotak boleh letak satu atau dua sudu minyak masak untuk kilatkan nasi dagang nanti.
4. Masukkan hirisan bawang dan halia serta halba. Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.
– Kalau nampak nasi macam kurang masak boleh tambahkan santan.
Cara buat gulai ikan tongkol
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol, (ikan ayer hitam) – dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Air rebusan jangan dibuang.
1 paket kecil rempah masak cap rose mawar(15g)
3 atau 4 sudu rempah gulai cap rose mawar
1 batang kayu manis
1 sdk serbuk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk ketumbar
2 inci belacan (jika suka)
Cili kisar – ikut tahap kepedasan
Bawang besar, halia dan bawang putih – dikisar
Lengkuas – dihiris
1 asam keping
Gula Melaka secukupnya
Sedikit kerisik (saya suka lebihkan)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Santan kelapa
Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera
Beberapa biji telur rebus
Cara membuat
1.Tumis bahan kisar hingga timbul minyak. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
Ads
2. Masukkan semua rempah, gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan. Biarkan sampai mendidih.
3. Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan. Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka, tomato/belimbing buluh dan cili. Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak. Akhir sekali masukkan telur rebus.
Tip: Kalau nak buat sarapan, seeloknya masak lewat malam, biarkan semalaman.Kuah akan lagi cantik dan sedap. Pagi esoknya hangatkan saja sekejap dan hidang dengan nasi dagang panas.
Cara buat acar
-Timun,lobak,nanas dan cili dihiris
-Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sardin dalam tin ni, selain dijadikan lauk, inti sandwic dan sebagainya, ia juga sedap dijadikan rencah nasi goreng. Padu! Nampak ringkas namun sangat membuka selera. Bahan-bahan yang mudah dan tidak menggunakan kos yang banyak. Jom cuba!
NASI GORENG SARDIN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 potong ikan sardin bersama kuahnya
1 mangkuk nasi
1 biji bawang merah
2 ulas awang putih
1 tangkai cili kering | digoreng tanpa minyak dan digunting halus
1 sudu makan pes cili kering
Daun bawang secukupnya
Garam secukup rasa | gula jika perlu
Minyak masak
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
Anda sentiasa didatangi tamu, penat bekerja belum pun hilang anda dah bergegas ke dapur menyediakan hidangan makan malam untuk anda sekeluarga dan tetamu juga. Jangan peningkan kepala, apa kata korang sediakan saja menu ala carte yang mudah tapi sedap dan tetamu anda juga menyukainya. Contoh Mi Goreng dan Nasi Goreng, nak resipi, berikut RASA kongsikan resipinya untuk anda semua cuba sebagai hidangan keluarga sebagai permulaan.
MI AYAM ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning | cuci dan tos
2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
2 pokok sawi Phat Choi | hiris memanjang
4 biji cili padi | titik
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
PERAPAN AYAM:
200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
BAHAN SUP:
1 mangkuk air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 hirisan halia
1 biji bawang putih | titik
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis
Kacau supaya sos sebati dengan mi.
Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
Soto ayam mudah dan senang dibuat. Tak ada rempah soto pun boleh boleh aje. Yang penting rencah nya kena cukup, bahan rempah eloknya disangai dahulu.
Jom kita semak resipi perkongsian daripada Masita Basir ni.
SOTO AYAM
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : (untuk kuah soto)
3 sudu ketumbar
1 sudu jintan mains
1 sudu jintan putih
2 biji buah keras
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
* kesemua bahan ini diKISAR HALUS.
* Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.
CARA MEMBUAT: 1. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. 2. Kemudian masuk bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumiskan hingga garing. 3. Masukkan pula air rebusan ayam. 4. Masak sehingga mendidih.
CADANGAN HIDANGAN : – Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun atau mi. – Lebih menarik selera jika dihidangkan beseta sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, begedil ayam dan ayam yang disiat kecil. (ayam rebusan tadi)
BAHAN BEGEDIL KENTANG :
1 kg kentang (digoreng dan ditumbuk)
100 gm daging (direbus)
Sedikit daun sup
Bawang goreng
Serbuk lada putih
1 biji telur
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT :
1. Daging yang sudah direbus tadi dicincang halus. 2. Gaulkan semua bahan tadi. 3. Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian. 4. Pukul 1 biji telur. 5. Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur 6. Goreng hingga garing.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira