Cara Masak Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Paling Sedap.

Share

Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk ni memang sedap. Nampak ringkas je cara penyediaannya tapi percayalah, rasanya memang membuka selera. Kalau dekat dapur ada lebihan ikan goreng, sesuai sangat masak menu ni. Sedap! Untuk makan tengahari, malam ke, sarapan ke…memang sesuai lah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari  Farihah Zulkifle

ni. Pasti puas hati.

NASI GORENG IKAN CILI TUMBUK

BAHAN-BAHAN TUMBUK (JANGAN BLENDER):

  • 1 @ 2 biji bawang besar
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili kering  (rebus dan buang biji dahulu)
  • ikan bilis sejemput
  • Nasi putih
  • Kacang buncis – (guna buncis sebab tidak mahu kacau rasa nasi)
  • 4 ekor ikan – (Garam & kunyitkan, kemudian goreng)
  • 2 biji telur – ( Goreng asing boleh atau hendak pecahkan dalam nasi pun boleh)

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga pecah minyak. (Pecah minyak menandakan cili sudah masak)

2. Bila sudah pecah minyak, masukkan isi ikan dan perasakan dengan sedikit garam.(Ingat ikan sudah diperasakan dengan garam). Tumis sehingga garing.

3. Kemudian masukkan nasi putih.

4. Kacau rata kemudian baru masukkan kacang buncis. Masukkan kacang buncis akhir sekali sebab mahu tekstur rangup.

5. Kacau rata lagi sehingga bahagian bawah garing sedikit.

Info: Sedap makan dengan telur mata kerbau.

 

Kredit resipi & foto: Farihah Zulkifle

Published by
Nur