Dalam bulan Syawal ni menu lemang dan nasi impit memang antara menu yang jadi kegemaran ramai. Memang sedap kalau dimakan bersama rendang, serunding atau kuah kacang. Namun, ramai yang kurang pasti cara-cara untuk hasilkan nasi himpit homemade dalam kuantiti yang sedikit.  Perkongsian Puan Khatimah ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pejal. Nak buat pun mudah je. Hanya guna bekas tupperware. Jom cuba.

CARA MASAK NASI HIMPIT BEKAS TUPPERWARE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pot beras
  • 3 pot air
  • (Boleh tambah daun pandan supaya wangi)

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras dan masukkan air. Masak sehingga nasi masak. ( Jika masak guna periuk nasi elektrik, masak seperti biasa. Jika guna periuk tekanan, set HP 7 minit)

2. Bila nasi sudah masak, masukkan dalam bekas. Hentak-hentak sedikit dan padatkan. Biar nasi sejuk kemudian barulah ditutup penutupnya. 

3. Biarkan nasi impit semalaman sebelum dipotong. Kalau nak cepat makan, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dah boleh potong.

IKLAN

4. 1 cawan sukatan beras cukup-cukup untuk saiz bekas tupperware empat segi. Boleh juga guna bekas lain ikut kesesuaian. 

Cara Masak Nasi Himpit Sedap & Pejal Dalam Kuantiti Sedikit.

 

Cara Masak Nasi Himpit Sedap & Pejal Dalam Kuantiti Sedikit.

IKLAN

Cara Masak Nasi Himpit Sedap & Pejal Dalam Kuantiti Sedikit.

 

Kredit resipi & foto: Khatimah Abdul Jalil

 

IKLAN

NANTI BOLEHLAH MAKAN NASI HIMPIT DENGAN MENU-MENU NI:

Ayam Ungkep Masakan Jawa Yang Disukai

Resipi Rendang Ayam Negeri Sembilan. Pedas & Sangat Sedap!

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI