Nasi Hujan Panas perkongsian saudara Razzi Hajemini nampak sangat mudah disediakan. Sesuai bagi anda yang suka makan aneka nasi bertumis yang mudah dan enak. Nasi Hujan Panas ini sesuai dinikmati bersama lauk Ayam Masak Merah atau Daging Kicap. Pasti berselera makan. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya.
RESIPI NASI HUJAN PANAS SEDAP & MUDAH DIMASAK
BAHAN-BAHAN: 10 cawan beras basmathi – beli online disini 7-8 biji bawang merah – hiris 4-5 ulas bawang putih – hiris 2 inci halia – hiris 2 sudu mentega – beli online disini 2 sudu ghee / minyak sapi – beli online disini Rempah 4 sekawan 2 helai daun pandan – simpul 3 kiub pati ayam – beli online disini Garam dan gula secukup rasa 1 tin susu cair 2 cawan air – sukat guna cawan sukat beras Sedikit bawang goreng Pewarna merah, hijau dan kuning – beli online disini Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan beras basmathi. Rebus hingga 80% masak. Ketepikan. 2. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tambah mentega dan ghee/minyak sapi. 3. Kemudian bahan-bahan yang telah dihiris.
4. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan. Goreng sehingga wangi.
5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa. 6. Kemudian masukkan susu cair dan tambah air. Biarkan mendidih.
Ads
7. Masukkan beras yang telah direbus 80% masak dan taburkan sedikit bawang goreng.
8. Kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian gaul rata dan letakkan pewarna merah, hijau dan kuning. 9. Gaul lagi dan tutup api. Biarkan periuk “keep warm” selama 10-15 minit. 10. Nasi Hujan Panas siap untuk dihidangkan bersama lauk pauk pilihan.
Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Penggemar petai wajib mencuba resipi-resipi ini. Ia sesuai dimakan bersama nasi atau boleh juga diratah begitu sahaja. Selamat mencuba!
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN
250gm ikan bilis ] kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN
300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Tumis dan goreng. Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
200gm ikan bilis ] kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar ] hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN
30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis. Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN
2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL ] bersihkan
2 batang serai ] titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
Tuangkan santan dan gaul rata.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Reneh. Keistimewaan: Pedas berlemak. Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
1 mangkuk petai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar Holland – hiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
BAHAN KISAR
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan – optional
5-6 sudu besar cili kering kisar
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
Setelah bergaul rata, masukkan garam serta serbuk perasa.
Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar. Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
Sedapnya Kuah Kacang Daging ni. Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya. Kalau nak tahu, resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate. Hirisan daging dalam kuah, menaikkan lagi keenakkan dan rasanya. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK KUAH KACANG DAGING
10155460144838739
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
150gm daging | hiris nipis
200ml santan
200ml air
4 sudu makan pes cili
Satu sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula daging, kacau rata.
4. Seterusnya masukkan kacang kisar, diikuti air.
5. Kacau rata hingga mendidih.
6. Tambahkan santan, air asam jawa garam dan gula secukupnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!