Tak lengkap sambutan Syawal tanpa adanya nasi impit. Sedapnya kalau makan dengan rendang, kuah kacang, serunding atau lontong. Nasi impit pun ada banyak cara nak hasilkan. Paling mudah, masak nasi impit segera yang ada dijual di pasaran. Tapi kalau nak rasa nasi impit yang lebih asli, apa kata anda cuba buat nasi impit macam mak-mak kita buat dulu. Tak perlu rebus dalam plastik pun. Hasilnya memang sedap dan lembut. Malah masak macam ni nasi impit juga lambat basi.
Ads
NASI IMPIT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras biasa
10 cawan air
2 sudu teh garam
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Ads
Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.
Setelah nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyek supaya nasi hancur.
Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.
Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.
Setelah siap, padamkan api.
Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.
Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.
Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.
Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika dibiarkan semalaman.
Info chef: Jika nak nasi impit betul-betul mampat, tindih nasi impit dengan benda berat seperti lesung batu supaya nasi impit mampat elok.
Nuget Homemade memang mudah dibuat, resipi yang di kongsi oleh Ku Nor Ashikin yang menggunakan nasi panas untuk menghasilkan nuget memang menarik. Asalnya nuget ini dibuat untuk anaknya yang berumur 10 bulan. Tetapi sesuai dijamu untuk makan sekeluarga. Ikut kreativit jika mahukan sebarang penambahan rasa. Senang sangat! Boleh juga jadi bekal bento utk anak-anak ke sekolah.
NUGET NASI PANAS HOMEMADE
Bahan-Bahan:
4 ketul dada /bahagian isi ayam
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Batang daun sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu minyak masak
2 senduk nasi panas-panas
1 sudu air @ ikut mana sesuai..tujuannye supaya senang masa nk blend nnti.
Lobak merah diparut (letak last sekali selepas blender)
Cincang daun sup sedikit
Bahan salut:
Telur dan serbuk roti secukupnya
Cara-Cara:
Kisar semua bahan diatas hingga halus
masukkan kedalam bekas bsesuaian dan kukus hingga masak
dah masak,potong ikut bentuk disukai,celup dalam telur dan salutkan dgn serbuk roti
Anda ingin menyediakan menu juadah berbuka puasa keluarga dengan resipi Datuk Chef Wan? Ini Rasa kongsikan 4 menu yang bukan hanya enak dijadikan juadah berbuka tetapi juga sesuai sebagai hidangan di Aidil Fitri nanti. Rugi kalau tak cuba, sebab ia memang sedap dan mudah disediakan.
STEW AYAM SEPANYOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 12
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk paprika
4 sudu makan tepung gandum
½ cawan minyak Zaiton
2 biji bawang besar | potong kecil
1 batang lobak merah | potong dadu
10 biji cendawan buang | hiris
2 tin tomato hancur
1 biji lada banggala merah } potong dadu
1 sudu makan tomato puri
1 sudu kecil saffron (koma-koma)
20 biji buah Zaiton hijau
Segenggam besar daun pasli Itali
Segenggam daun Basil
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama tepung, serbuk lada hitam dan paprika. Kettepikan.
Panaskan minyak zaiton, kemudian goreng ayam hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan butang. Kacau rata.
Kemudian masukkan tomato hancur, kacau dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan lobak merah, buah zaiton, lada benggala , safrfron, daun basil, saun parsli dan garam secukup rasa.
Apabila sos sudah pekat, angkat dan hidangkan.
NASI BUKHARI UDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit dan toskan
1kg udang besar
1/2 cawan minyak sapu
150gm mentega
2 biji bawang Holland | dadu kecil
3cm halia
4 ulas bawang putih| kisar halus
15 ulas bawang merah | kisar halus
Sedikit rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
1 biji lemon | parut kulit kuning sahaja
2 batang serai | titik
4 helai daun pandan | simpul
2 paket kecil rempah Bukhari
150gm yogurt asli
Sedikit daun ketumbar | cincang halus
Sedikit daun flat parsely | cincang halus
Sedikit daun pudina | cincang halus
Air rebusan ayam |sama sukatan dengan nasi
2 sudu kecil safron
1 cawan bawang goreng
1 cawan kacang pis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi bersama mentega.
Masukkan bawang besar, rempah penumis, serai serta daun pandan. Kacau hingga wangi.
Masukkan halia, bawang putih serta bawang merah yang dikisar halus hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan udang, rempah Bukhari serta daun-daun herba yang dicincang halus.
Masukkan beras, air rebusan, kulit limau serta safron dan garam secukup rasa.
Masak sehingga nasi hampir kering. Kemudian gaulkan bawang goreng serta kacang pis.
Tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.
KAFTA BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
BEBOLA:
500gm daging cincang
1 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang
4 sudu makan daun parsli |cincang halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk paprika
2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak zaitun
KUAH:
60ml minyak zaitun
1 biji bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk jintan kasar
1 sudu makan paprika
2 biji tomato | ramas halus
2 sudu besar daun parsli | cincang halus
2 biji telur
Garam, gula dan serbuk lada putih secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bebola daging. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk, gaul rata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga keperangan dan ketepikan.
Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan putih hingga wangi.
Masukkan jintan halus dan kasar, paprika dan buah tomato yang telah diramas.
Masukkan bebola daging, daun ketumbar, parsli, garam, gula dan serbuk lada sulah. Masak lagi di atas api perlahan selama 15 minit. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya dan masak lima minit lagi.
NEW YORK CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
ADUNAN DASAR KEK:
3 cawan serbuk biskut (cracker crumbs)
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
226gm mentega |cair dan sejukkan
INTI KEK:
680gm krim keju
¼ cawan gula kastor
6 biji telur |asingkan kuning dan putihnya
2 cawan sour cream
1/3 cawan tepung Jagung
2 sudu teh esen vanila
2 biji lemon | parut kulit kuning sahaja & perah jusnya
SOS CERI :
1 sudu makan tepung jagung
1 tin besar Pitted Dark Cherries dengan sirap
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan adunan dasar kek: Oleskan mentega ke dalam bekas bersaiz 22 cm.
Campurkan semua bahan adunan dasar kek menggunakan sudu kayu.
Masukkan adunan dalam loyang dan tekan sehingga padat, kemudian panaskan dalam ketuhar lebih kurang 15 minit dengan suhu 180 C. Atau letakkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
Untuk menyediakan inti kek, pukul krim keju hingga halus, tambahkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memukul sehingga ringan dan gebu.
Tambahkan kuning telur satu persatu. Masukkan sour cream, tepung, esen vanila, jus lemon dan parutan kulit lemon.
Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang kemudian gaulkan dengan krim keju.
Tuangkan adunan inti kek ke atas lapisan dasar dan bakar di dalam ketuhar selama 1 jam, 15 minit dengan suhu 165C.
Akhir sekali cara menyediakan sos ceri: Campurkan tepung jagung dengan pitted Dark Cherries dan masak sehingga mendidih.
Setelah pekat, tutup api. Masukkan mentega. Kacau dan biar sejuk. Tuang atas kek keju dan hidangkan.