Tak lengkap sambutan Syawal tanpa adanya nasi impit. Sedapnya kalau makan dengan rendang, kuah kacang, serunding atau lontong. Nasi impit pun ada banyak cara nak hasilkan. Paling mudah, masak nasi impit segera yang ada dijual di pasaran. Tapi kalau nak rasa nasi impit yang lebih asli, apa kata anda cuba buat nasi impit macam mak-mak kita buat dulu. Tak perlu rebus dalam plastik pun. Hasilnya memang sedap dan lembut. Malah masak macam ni nasi impit juga lambat basi.
NASI IMPIT HOMEMADE
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras biasa
10 cawan air
2 sudu teh garam
Daun pandan
CARA MEMASAK:
IKLAN
Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.
Setelah nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyek supaya nasi hancur.
Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.
Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.
Setelah siap, padamkan api.
Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.
Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.
Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.
Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika dibiarkan semalaman.
Info chef: Jika nak nasi impit betul-betul mampat, tindih nasi impit dengan benda berat seperti lesung batu supaya nasi impit mampat elok.
Suka makan Nasi Arab? Resipi terlajak mudah perkongsian saudari Nur Aisya ini sesuai anda cuba. Guna bahan-bahan yang ada di rumah dan masak pun guna periuk nasi elektrik je. Lengkap dengan resipi Salatoh dan Salsa. Lepas ni kalau tiba-tiba suami atau anak-anak ‘request’ nak makan Nasi Arab, bolehlah masak tanpa ada masalah. Rasanya pun sedap! Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI ARAB SENANG JE
BAHAN REBUSAN AYAM: 3 kepingan paha ayam (whole leg) 1 biji bawang besar – jika bawang saiz besar, guna separuh – beli online disini 1 biji tomato 1 sudu teh jintan manis – beli online disini 1 sudu teh lada hitam – beli online disini 1 sudu teh biji ketumbar – beli online disini 3 biji buah pelaga 1 kiub pati ayam – beli online disini 1/2 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini 1 sudu teh rempah kurma – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Sedikit garam Air secukupnya (air rebusan ini akan guna untuk masak nasi (5 cawan) & sup (1 mangkuk)
1. Rebus ayam bersama bahan-bahan rebusan hingga masak. Air rebusan tadi akan digunakan untuk masak nasi dan selebihnya buat sup untuk makan bersama nasi.
2. Angkat ayam dari air rebusan. Kemudian perap menggunakan bahan-bahan perapan ayam. Perap sebentar.
3. Panggang ayam pada suhu 150C selama 15 minit menggunakan api atas sahaja. Keluarkan ayam sekejap dan sapu lebihan bahan perapan tadi. Bakar semula selama 15 minit lagi sehingga ayam masak sempurna. Hasilnya ayam akan menjadi berkilat dan cantik. 4. Ayam siap. Ayam ni boleh juga dimasak sekali dalam nasi (jika suka)
1.Panaskan majerin atau mentega dalam kuali. Tapi jika mahu nasi lebih sedap, guna minyak sapi. 2. Masukkan bahan-bahan hiris dan rempah 3 sekawan. Tumis sampai garing.
3. Masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan airnya. Gaul bersama bahan tumis. Tumis sehingga garing supaya nasi jadi sedap. Alihkan beras ke dalam periuk nasi.
4. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. Sukatan airnya adalah 1 cawan beras = 2 cawan air. Jika guna 2 1/2 cawan beras, airnya 5 cawan.
5. Masak nasi seperti biasa hingga masak sempurna.
6. Bila nasi telah kering, tuang pewarna dengan secukupnya. Boleh juga guna minyak karotena. Tutup periuk dan biarkan 10 minit barulah dibuka kembali dan kacau rata.
7. Tabur daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama ayam, salatoh, salsa dan sup.
BAHAN SALATOH: Tomato – potong kiub Timun Bawang besar Pudina @ Daun ketumbar Garam dan gula secukup rasa Sedikit jus lemon
CARA MEMASAK: 1.Potong kiub bahan-bahan diatas. Daun pudina atau daun ketumbar boleh dihiris. 2. Gaul semua bahan dalam satu bekas, Masukkan sedikit gula, garam dan perahan jus lemon. 3. Siap untuk dihidang.
BAHAN SALSA / SAMBAL ARAB: Cili api Cili besar Tomato Bawang putih Daun ketumbar Sedikit garam Jus lemon secukupnya (sukatan bahan agak-agak)
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan dan kisar halus. Perah sedikit jus lemon. Siap.
Nasi Komok ada rempah khasnya yang mudah didapati dekat dengan Siam iaitu Kelantan. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
NASI KOMOK THAILAND
BAHAN-BAHAN:
AYAM (potong, cuci bersih dan toskan)
BAHAN PERAPAN AYAM:
4 batang serai
Ketumbar
Kunyit hidup & serbuk
1 labu bawag putih
Halia
1 sudu tepung gandum
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar dan gaulkan pada ayam.
Biar perap dalam satu jam dan baru goreng ayam.
BAHAN NASI KOMOK:
1kg beras basmati (bersihakn & toskan)
Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit
Kulit kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan dalam peiuk sampai naik bau.
Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras.
Jangan lupa letak gula, garam atau secukup rasa.
Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak.
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKANNYA:
Satukan semua rempah.
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
3-4 ulas bawang putih
4 biji Cili merah
5-6 biji cili padi
Akar daun ketumbar
Sedikit garam
Gula
2 sudu cuka
Air
CARA MEMASAK:
Kisar halus semua bahan-bahan
Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar
Tak payah tunggu demam baru boleh makan bubur nasi. Menu ini memang tidak membosankan, sangat mudah disediakan. Orang Kedah panggil moi sup daging. Tambah sedap bila dicampur dengan cabai ikan bilis goreng. Pergh orang lalu sebelah pun tak pandang.
Bahan untuk Bubur /Moi Beras, hirisan halia,hirisan bawang putih..sedikit isi ayam sedikit garam.
Cara memasak:
Rebus beras macam biasa buat bubur nasi nak pekat kurangkan air..nak cair sikit tambah air ya… **ni optional — bila bubur sudah masak boleh gorengkan sedikit bawang putih kemudian masukkan dalam bubur sekali minyak bawang..
Kacau rata bubur/moi tersebut..makan macamni pon dah sedap walaupun takda sup.
Resipi Sup Daging / Ayam
Sedikit daging/ayam dibersihkan
Tumbuk seinci halia ,2 biji bawang merah ,2 ulas bawang putih,7 biji cengkih masukkan dalam periuk bersama ayam/daging dan sedikit air.
Tambahkan 2 kuntum bunga lawang, setengah batang kayu manis,3 biji buah pelaga sedikit lada hitam jika suka dan setengah keping asam keping jika suka.Rebus semuanya sehingga empuk kemudian bolehlah perasakan dengan garam.
Bahan untuk cili
Ikan bilis
1 biji bawang besar
Sedikit cili padi
Cara membuat:
1.Goreng ikan bilis ketepikan, kemudian goreng pula bawang besar dan sedikit cili padi, digoreng bersama tak perlu asingkan.Goreng cuma sampai sedikit layu.
2.Angkat dan tumbuk ketiga-tiga bahan ni.
3.Kemudian masukkan sikit kicap dan limau nipis jika suka.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...