Sedapnya Nasi Kerabu Golok perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal dan ayam bakar. Malah resipinya juga diolah supaya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang sedap diet. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI NASI KERABU GOLOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi berherba @ nasi biru
1 sudu makan sambal kelapa parut
1 sudu makan sambal isi ikan
2 genggam ulam
1 sudu teh (sudu kfc) sambal jantan
1 sudu teh (sudu kfc) budu
1 keping dada ayam bakar blackpepper
CARA PENYEDIAAN: 1. Satukan semua bahan di atas di dalam pinggan. Gaul rata dan nikmati segera bersama ayam bakar. 2. Boleh juga tambah keropok ikan goreng untuk menaikkan lagi keenakan nasi kerabu.
CARA MENYEDIAKAN BAHAN SAMPINGAN NASI KERABU
1. SAMBAL NYIUR @ KELAPA PARUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris nipis halia
1 batang serai
1 sudu makan gula perang rendah GI – boleh ganti dengan gula melaka
1/2 sudu makan garam bukit
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan.
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin blender.
3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air atau boleh juga ditumbuk. 4. Satukan bahan yang telah dikisar dalam kelapa parut tadi. Gaul sekata.
5. Sangai semula bahan yang digaul tadi menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak. Biarkan 2-3 minit sebelum ditutup apinya.
Ads
6. Sambal Kelapa siap disediakan.
2. SAMBAL ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
7-8 ekor ikan sardin @ selayang
1 sudu makan cuka
2 keping asam gelugur
2 hiris lengkuas
1/2 sudu makan garam bukit
1/2 inci nise @ manisan
Air secukupnya
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
Secubit garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Rebus ikan sardin / selayang. Caranya, susun ikan dalam periuk. Masukkan cuka, asam gelugur, lengkuas, garam bukit dan ‘nise’. 2. Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air ikan sedikit kering. 3. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan. Tumbuk isi ikan sedikit lumat.
4. Masukkan isi ikan ke dalam kuali. Tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. Gaul sekata.
5. Sangai selama 5-6 minit atau sehingga isi ikan jadi kering. Padamkan api dan ketepikan.
3. AYAM BAKAR BLACKPEPPER
Ads
BAHAN-BAHAN:
4 ketul isi ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 30 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Kemudian bakar ayam hingga masak.
4. NASI BERHERBA ( NASI KERABU BUNGA TELANG)
BAHAN-BAHAN:
10 kuntum bunga telang
Beras secukupnya – ikut jumlah yang anda hendak masak
Air yang telah disukat ikut jumlah beras yang dimasak
1 helai daun kunyit
1 batang serai – dititik
2 hiris halia
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK: 1. Buang tangkai bunga telang.Kemudian kisar dengan air hingga lumat.
2. Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan air bunga telang tadi. 3. Masukkan juga daun kunyit, serai, halia dan daun limau purut.
Ads
4. Masak nasi seperti biasa.
5. SAMBAL JANTAN VERSI DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah
1 biji lemon – ambil jusnya
1/2 sudu teh garam bukit
1/2 sudu teh gula perang @ brown sugar
Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan sehingga sedikit lumat. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk digunakan. ( INFO: untuk menghasilkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, seeloknya sambal dibuat lebih awal.)
6. BUDU ( Campur rata)
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk budu – apa-apa jenama
Perahan jus lemon atau limau nipis secukupnya
7. ULAM-ULAMAN NASI KERABU
BAHAN-BAHAN:
Daun kesum
Daun selom
Daun ulam raja
Daun kunyit
Bunga kantan
Serai
Timun jepun
Tauge
CARA-CARA: 1. Semua bahan ulam ( kecuali tauge) dihiris halus.
Air rebusan ni nampak seakan tak penting tapi sebenarnya kalua guna dalam masakan berkuah, memang sedap! Lepas ni, dari guna air biasa, cubalah gantikan dengan air rebusan. Memang boleh jadikan masakan terutamanya menu berkuah jadi lebih enak. Jom cuba!
1. BUBUR NASI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras
1 inci halia di ketuk / titik
1 kiub pati ayam
300gm isi ayam
Sedikit garam
1 liter air rebusan ayam
CARA MEMASAK:
Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya.
Air rebusan ayam disimpan untuk rebus bubur dan isi ayam dicarik-carik.
Basuh beras dengan air, kemudian masukkan ke dalam periuk nasi.
Kemudian masukkan air lebihan rebusan ayam. Masak hingga beras kembang.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
Bubur bolehlah dihidang dengan isi ayam, bawang goreng, lada merah dan daun sup.
2. KUETIAU KUNG FU
BAHAN-BAHAN:
150gm kuetiau
1 biji telur ayam | gred A
1 keping dada ayam | potong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 ulas bawang merah | dicincang halus
Sedikit kubis | hiris kasar
1 batang sayur jagung | potong 2cm
Sedikit sayur sawi | potong 2cm
Sedikit bunga kubis | hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 cawan air rebusan ayam
5 biji cili padi | titik
Sedikit minyak bijan | jika perlu
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur dan kacau. Kemudian masukkan kuetiau dan gaul rata.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan kuetiau dalam kuali dan goreng hingga garing ( seperti menjadi satu keping murtabak). Angkat dan ketepikan,
Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, kemudian tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan ayam, Kacau sehingga agak garing.
Seterusnya, masukkan semua jenis sayur yang telah dihiris, kacau sekata.
Kemudian masukkan serbuk lada putih, sos tiram, garam, minyak bijan dan cili.
Masukkan pula bancuhan tepung jagung dengan air rebusan ayam. Kacau sekata.
Apabila kuah kelihatan pekat, angkat dan tuang dalam mangkuk atau terus tuang di atas kepingan kuetiau goreng tadi.
Enak dihidangkan panas-panas.
3. KUETIAU HAILAM
BAHAN-BAHAN:
500gm kuetiau | celur dan tos
3 ulas bawang putih | titik
1 sudu makan pes cili kering
50gm hirisan isi ayam
6 ekor udang | buang kulit
2 ekor sotong | hiris bulat
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
1 cawan air rebusan daging | untuk kuah
Sedikit sayuran | bunga kubis, lobak merah dan sawi
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan pes cili kering, tumis lagi sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan isi ayam, udang dan sotong. Kacau rata,
Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis.
Apabila semua sudah sebati, masukkan pula air rebusan daging (jika ingin lebih kuah boleh masukkan lebih air rebusan).
Setelah kuah mendidih masukkan sedikit kicap pekat dan air tepung jagung.
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan tambah garam secukupnya jika kurang masin.
Setelah masak tuangkan di dalam mangkuk berisi kuetiau dan hidangkan panas-panas.
4. MI BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm mi kuning
4 biji telur
2 sudu makan pes cili kering
3 ulas bawang putih | titik
3 ulas bawang merah |cincang halus
1 bawang besar bawang besar |kisar
50gm udang kering | rendam dan dikisar halus
150gm udang | buang kulit
2 cawan air rebusan tulang
100gm sawi | potong 3cm
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Kemudian masukkan pes cili, kacau sebati hingga pecah minyak.
Masukkan pula bawang besar dan udang kering kisar, kacau lagi hingga naik bau.
Kemudian masukkan air rebusan tulang, biar hingga mendidih, baru masukkan sawi dan udang.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kemudian pecahkan telur dalam kuah (hati-hati agar telur tidak pecah).
Untuk menghidangkan mi bandung, masukkan mi dalam mangkuk atau pinggang, tuangkan kuah di atasnya dan sedia dihidangkan.
5. NASI AYAM HAINAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Rebusan Ayam:
1/2 ekor ayam
Air secukupnya | mesti meliputi paras ayam
Garam secukup rasa
Pati ayam
3cm halia | ketuk
Bahan Nasi Ayam:
3 cawan beras | bersih dan tos
5 cawan air rebusan ayam ( bergantung jenis beras)
2 ulas bawang putih | dikisar
3cm halia | dikisar
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
Bahan Sambal Cili:
10 biji cili merah
3cm halia muda
2 ulas bawang putih
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 sudu makan jus limau nipis
3 sudu makan sos cili Thai
Bahan Kuah Kicap:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tomato
½ cawan air rebusan ayam
Bahan Sampingan:
Daun salad
Hirisan timun
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam: Masukkan ayam dalam periuk bersama halia, pati ayam dan halia.
Rebus lebih kurang 30 minit
Kemudian keluarkan ayam dan toskan. Air rebusan ke tepikan dan simpan.
Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam seketika, kemudian angkat dan sejukkan.
Untuk menyediakan nasi ayam: Panaskan majerin dan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Pindahkan dalam periuk elektrik dan biarkan nasi masak.
Seterusnya , panaskan semula lebihan air rebusan, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Untuk menyediakan sambal cili: Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk pengisar dan kisar hingga halus.
Kemudian didihkan seketika di atas api sebelum dihidangkan.
Untuk kuah kicap: Campurkan semua bahan dan ketepikan.
Akhir sekali hidangkan nasi ayam bersama hirisan ayam, hirisan daun salad, timun, sos cili, kuah kicap dan sup.
6. SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
50gm bunga kubis | hiris
50gm anak jagung |hiris memanjang
1/2 biji lada benggala merah| hiris memanjang
1 batang lobak merah | hiris bulat
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
2 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk perasa ayam
50ml air rebusan ayam
2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam, serbuk perasa ayam dan sos tiram.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan lengkapkan rasa dengan garam secukupnya.
Akhir sekali masukkan bahan sayuran. Selepas 1-2 minit angkat.
Segera hidangkan panas-panas.
7. MI LADNA
BAHAN-BAHAN
Bahan Mi:
500gm mi kuning
1 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
Bahan Kuah Ladna:
50gm isi ayam | hiris nipis
4 ekor udang | buang kepala
1 ekor sotong | hiris bulat
3 bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | dadu halus
5 biji cili api | ketuk
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit hirisan kubis panjang
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan anak jagung
Sedikit hirisan sawi
1 biji tomato | belah enam
1 cawan air rebusan ayam
1 sudu teh serbuk perencah ayam
2 sudu kecil tepung jagung | bancuh dengan sedikit air.
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan mi. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih.Tumis hingga wangi kemudian masukkan mi dan perasakan dengan kicap. Gaul rata dalam 1-2 minit. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan kuah. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga keperangan.
Seterusnya masukkan cili padi, hirisan ayam, udang dan sotong. Kacau lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian masukkan, air rebusan ayam dan serbuk perasa ayam.
Setelah kuah mereneh masukkan bahan sayur-sayuran dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau seketika kemudian tutup api.
Cara menghidang: Masukkan mi dalam pinggan dan tuangkana kuah di atasnya. Atau boleh sahaja dihidangkan kuah berasingan dengan mi.
8. MI KARI ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
500gm mi kuning | celur dan tos
200gm isi ayam | hiris
150gm isi kerang yang telah direbus
10 ekor udang | rebus dan buang kulit
6 biji tauhu kering | belah dua
1 batang kek ikan | hiris
5 biji bebola ikan | belah dua
2 sudu makan rempah kari daging
1 cawan air rebusan udang
2 cawan santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
2 batang serai | titik
3cm lengkuas | titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Kisar:
8 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2cm halia
3cm kunyit hidup
Bahan Sampingan:
Sedikit sawi yang telah dicelur
Hirisan cili
Hirisan daun bawang/ ketumbar
Bawang goreng
Telur rebus
Sambal cili
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan serai dan lengkuas serta asam gelugor.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air rebusan kulit udang.
Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan kek ikan dan bebola ikan.
Selepas lebih kurang tiga minit, masukkan air rebusan udang diikuti santan, biarkan kuah kari mendidih dan mereneh di atas dapur seketika.
Akhir sekali masukkan kerang rebus dan tauhu kering. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak angkat dan hidangkan.
Cara menghidangkan. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian masukkan kuah dan hias di atasnya dengan udang, sawi, telur rebus, udang, bawang goreng bahan hirisan lain.
Sedia dihidangkan.
9. BIHUN SUP THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm bihun | rendam
1 sudu teh serbuk kunyit
100 gm isi dada ayam | hiris
6 ekor udang | buang kulit
2 ekor sotong | hiris bulat
3 cawan air rebusan ayam/ daging
1 bunjut sup bunjut tulang
1 kiub pati ayam
Sedikit hirisan sawi
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan kisar halus:
3 ulas bawang
1/2 biji bawang besar
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bihun: Masuk air dalam periuk dan campurkan serbuk kunyit.
Setelah air mendidih, masukkan bihun. Kacau seketika kemudian angkat dan toskan.
Untuk menyediakan sup: Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama sup bunjut hingga wangi.
Kemudian masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi 2-3 minit.
Seterusnya masukkan air rebusan (jika tidak cukup boleh tambah air).
Perasakan dengan stok ayam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sup mereneh 2-3 minit.
Akhir sekali masukkan hirisan sayur. Bila sayur layu tutup api dan sup sedia dihidangkan.
Cara menghidangkannya: Masukkan bihun dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah sup di atas dan hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Bihun sedia dihidangkan.
10. MI HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | buang kulit
80gm sotong | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Bahan Campuran Sayur:
2 helai daun sup | hiris
50gm sawi | hiris
40gm kobis | hiris
30gm kobis bunga | hiris
40gm lobak merah | hiris
50ml air rebusan kulit udang
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara menyediakan mi: Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara menyediakan kuah: Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan pes cili kering dan kacau hingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar.
Selepas itu masukan air rebusan kulit udang.
Setelah mendidih masukkan bahan campuran sayur-sayuran.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan pula daun sup, sawi, kubis, kubis bunga dan lobak merah.
Tuang kuah ke atas mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.
Kadang-kadang bila kita menonton tv atau layan drama, mesti ada rasa nak mengunyah atau perlukan kudapan ringan.
Mungkin selepas ni boleh cuba buat sendiri pula kudapan untuk sekeluarga seperti kacang garing goreng bawang putih ini hasil resipi daripada Angah Izan. Mana tahu boleh juga buat hasil jualan kecil-kecilan.
KACANG GARING GORENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit (ada dijual di pasar raya/kedai runcit) | dibersih & toskan – beli online di sini 2 sudu makan baking powder (untuk merangupkan kacang & cepat garing) – beli online di sini 4 ulas atau lebih bawang putih | ditumbuk – beli online di sini 1 – 2 sudu makan ketumbar | ditumbuk Garam Stok ikan bilis (jika suka) Serbuk lada hitam – beli online di sini Air Bawang putih tambahan | dihiris Daun kari Lada kering | hiris – beli online di sini Minyak
1. Rebus air bersama bawang putih dan ketumbar yang telah ditumbuk. Masukkan bersama baking powder. 2. Dan masukkan juga garam dan kacang tanah. Rebus selama 5 ke 10 minit 3. Anggaran minit yang dikehendaki, angkat kacang dan toskan. Biarkan sehingga agak kering.
4. Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan bawang putih, daun kari dan hirisan cili kering. 5. Masukkan minyak goreng kacang dengan gunakan api yang sederhana. Setelah agak kuning, angkat dan toskan.
Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
1 biji bawang holland-dicincang
1 labu bawang putih-dicincang
6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
1 sudu besar taucu
1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
1 batang daun bawang-dihiris
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan iae dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
INFO:
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.