Anak-anak Terengganu mesti teringatkan kampung halaman bila sebut Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol. Kalau teringat anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini, sekurang-kurangnya lepas rindu ibu ayah dan sanak saudara di kampung. Menu simple dan mudah sangat kalau anda mencubanya.

NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU
BAHAN NASI KUNING:
3 cawan beras | beras basmathi lagi elok.
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
BAHAN TUMISAN:
2 sudu besar majerin
3 sekawan seckupnye
2 ulas bawang putih | hiris
1/2 inci halia | hriis
3ulas bawang merah | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan marjerin, diikuti bahan tumisan dan daun pandan.
  2. Bila naik bau masukkan beras yang telah dicuci dan toskan tadi ( jika guna beras basmathi rendam dahulu setengah jam).
  3. Kacau sekejap masukkan air, susu dan perwarna kuning. Lengkapkan rasa dengan garam dan sedikit gula jika perlu.
  4. Setelah cukup rasa tutup periuk masak macam biasa hingga nasi masak.

GULAI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz besar | potong, bersih dan tos.
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu makan kerisik
3 sudu besar rempah gulai bunga rose | campur dengan rempah masak rose dan tambah sedikit air jadikan pes. Kacau hingga jadi pes.
Gula melaka @ gula putih
Garam secukup rasa
Cili padi secukupnya
1 kotak santan kecil
Rempah 4 sekawan
BAHAN KISAR:
6 bji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Ikan yang dibersihkan tadu masukkan dalam pengukus dan kukus dengan air biar tenggelam ikan. Campurkan asam gelugor, garam (air ikan simpan untuk dimasukkan ke dalam gulai nanti). Kukus sehari awal lebih baik.
  2. Panaskan minyak tumis cili kering & 4 sekawan hingga terbit minyak masukkan bahan kisar.
  3. Tumis hingga naik bau baru masukkan rempah yang dijadikan pes tadi bersama cili padi. Tumis hingga pecah minyak dan rempah betul-betul masak.
  4. Masukkan santan air, biarkan mendidih, masukkan gula melaka, kerisik dan ikan berserta air dan asam gelugornya sekali.
  5. Biarkan mereneh seketika dan tambah garam secukup rasa.
  6. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika dan timbul minyak dan tutup api.
  7. Gulai ikan tongkol siap.

ACAR TIMUN:
BAHAN-BAHAN
1 batang timun| buang tengahnya dan potong mancis
1 batang lobak merah | potong mancis
1 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | hiris
Garam, gula dan cuka secukupnya
Sedikit jus limau kasturi

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan cuka, garam, gula dan jus limau nipis. Kacau rata hingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi hirisan timun, lobak merah, bawang besar dan cili tadi.
  3. Gaul rata hingga cukup rasa.
  4. Sedia dihidangkan.

SAMBAL LADA:
BAHAN- BAHAN:
3 biji cili besar merah
Cili padi hijau + merah Secukupnya
Garam, gula, jus limau kasturi secukupnya

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga hancur.
  2. Setelah siap, sambal sedia dihidangkan.

INFO : Dalam gulai boleh masuk belimbing buluh dan tambah telor rebus.

Kredit : Norashikin Ismail

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI