Sedapnya kalau dapat makan Nasi Lemak dengan sambal padu dan Ayam Goreng Berempah panas-panas. Memang puas lebih-lebih lagi kalau dapat masak sendiri. Bagi anda yang tercari-cari resipi lengkap set Nasi Lemak ni, saudari Nurul Huda Sulaimanada kongsikan cara-cara penyediaan dari memasak Nasi Lemak hinggalah ke penyediaan ayam goreng. Sukatan yang diberi adalah untuk 1 kg beras. Tetapi jika anda nak masak dalam sukatan yang sedikit, hanya perlu bahagikan sahaja timbangannya. Mudah kan? Selamat mencuba!
Ada pelbagai menu boleh dimasak menggunakan roti dan juga sardin. Bagi anda yang ada kedua-dua bahan ini di rumah, apa kata cuba resipi Roti Goreng Sardin yang dikongsi oleh saudari Elina Kamarudin. Bahan-bahannya cukup mudah dan cara memasaknya pun ringkas sahaja. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa.
CARA MASAK ROTI GORENG SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwic – hiris petak kecik 1 tin kecil sardin – lenyek – beli online disini 1 sudu makan cili boh @ cili giling – beli online disini 2 biji bawang merah – hiris 1-2 biji cili hijau – hiris bulat 3 ulas bawang putih -hiris – beli online disini Air – anggaran 1/2 tin sardin 1 pokok sawi – hiris Minyak untuk menumis Secubit garam Gula dan cuka secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga layu.
2. Masukkan cili boh. Tumis lagi hingga cili masak.
3. Kemudian masukkan ikan sardin yang telah dilenyek. Pastikan sos sardin juga dimasukkan bersama. Gaul rata.
4. Bila sardin kelihatan sekata, perasakan dengan garam, gula dan juga cuka dengan secukupnya.
5. Tambahkan hirisan sawi dan juga cili hijau. Kacau lagi.
6. Masukkan air. Gaul semua bahan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan hirisan roti. Gaul hingga semua bahan bergaul dengan sempurna.
Sedapnya Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid ni. Memang sangat enak dimakan bersama nasi putih. Malah jika kuahnya lebih cair, sesuai dicicah bersama roti atau Mantao. Hidangan begini jika dinikmati di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna sotong segar untuk rasa lebih enak. Jom cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK SOTONG GORENG TELUR MASIN / SALTED EGG SQUID
1. Telur masin direbus dan dihancurkan terlebih dahulu.
2. Untuk memastikan sotong bersalut elok, harus buat ‘gam’nya terlebih dahulu. Caranya ialah masukkan tepung gandum ke dalam bekas sotong dan sedikit air. Gaul hingga bersalut dan pastikan pekat. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung kfc dan baking powder.
3. Gaul sotong ke dalam tepung satu persatu dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan masukkan kepingan sotong satu persatu.
5. Tip minyak goreng kekal bersih, setiap 2-3 kali trip goreng, bersihkan minyak dengan ceduk buang habuk-habuk tepung yang mendap didasar kuali. Barulah serbuk hitam tidak melekat pada sotong bila diangkat nanti.
6. Sotong yang siap digoreng. Ketepikan seketika.
7. Seterusnya, cairkan 2 sudu makan mentega dan 2 sudu makan minyak masak.
8. Masukkang bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis sekejap tapi jangan sampai garing pula.
9. Kemudian masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi.
10. Tuangkan juga susu cair.
11. Tambahkan serbuk pati ayam dan juga gula dengan secukupnya. Kacau rata.
12. Bila kuah telah siap, tuang ke atas sotong yang digoreng tadi.
13. Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid sedia untuk dinikmati.
Ayam bakar berempah paling senang ini memang pilihan terbaik kalau nak masak lauk sedap tanpa renyah. Guna bahan dapur biasa saja, tapi hasilnya sangat memuaskan, isi ayam lembut, luar garing berempah, bau semerbak satu rumah!
Cara masak pun ringkas, gaul, perap dan terus bakar. Tak perlu panggang bara pun dah boleh dapat ayam bakar ‘style kedai’.
Resipi ini sesuai untuk dijadikan lauk utama makan tengah hari atau malam. Nak buat untuk jamuan pun boleh sangat. Apa yang penting, jangan tinggal langkah sapu mentega akhir, itu rahsia ayam nampak berkilat, ‘juicy’ dan bertambah aroma.
Resipi ayam bakar berempah paling senang
Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong 4
1 ulas bawang putih – kisar
2 cm halia – kisar
1 biji bawang merah – kisar
4 sudu besar gula merah
1 kiub ayam – dihancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk jintan manis (kasar, dikisar)
1 sudu besar serbuk jintan putih (kasar, dikisar)
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus atas ayam supaya rempah mudah meresap.
2. Gaul semua bahan kisar dan rempah dengan ayam. Perap sekurang-kurangnya 2 jam untuk rasa lebih sebati.
3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 250°C selama 60 minit, atau hingga masak sempurna.
4. Keluarkan dan terus sapukan mentega atas ayam ketika masih panas. Siap untuk dihidang!
Tip RASA
Boleh juga bakar dalam air fryer (suhu 200°C, 35-40 minit) ikut saiz ketulan ayam.
Kalau suka lebih pedas, tambahkan cili kering kisar dalam perapan.
Mentega bukan saja bagi kilat, tapi juga buat ayam lebih moist dan harum.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!