Nasi Minyak, menu yang cukup sinonim dengan majlis kenduri kendara dan keraian. Namun konsidi semasa wabak Covid 19 membataskan segalanya. Namun jangan risau kerana walaupun tiada majlis kenduri, anda boleh masak sendiri sajian Nasi Minyak yang sedap secara homemade. Saudari Noratiqah Nordin ada kongsikan resipi yang beliau cuba sendiri dari blogger tersohor Azie Kitchen. Pasti sedap ni. Jom cuba!
RESIPI NASI MINYAK BERLEMAK
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan minyak sapi – beli online disini
2 sudu makan margerin – beli online disini
Rempah 4 sekawan
2 biji bawang merah – dihiris – beli online disini
1 inci halia
1 tin susu cair – beli online disini
4 pot beras – beli online disini
5.5 pot air
Garam
Sedikit pewarna (untuk cantik sahaja) – beli online disini
BAHAN ACAR NANAS:
Nanas
Timun – dibuang biji
Lobak merah
2 sudu makan cuka – beli online disini
Gula secukup rasa (ikut kemanisan yang diingini)
CARA MEMASAK:
1.Masukkan marjerin dan minyak sapi ke dalam periuk. Cairkan.
2. Masukkan bawang merah ayng telah dihiris.
3. Masukkan juga rempah 4 sekawan.
4. Jangan dilupa, hirisan halia. Masukkan sekali ke dalam periuk dan tumis hingga wangi.
5. Masukkan air. Kacau rata.
6. Kemudian masukkan susu cair. Sebatikan.
7. Tambahkan garam dengan secukupnya.
8. Basuh beras basmathi hingga bersih dan toskan airnya. (empunay resipi guna beras pusa)
9. Masukkan semua bahan tumisan ke dalam periuk berisi beras. Masaklah nasi seperti biasa.
10. Bila nasi sudah masak dan masih panas, titiskan pewarna. Ia bertujuan supaya warna nasi jadi lebih cantik.
11. Untuk menyediakan Acar Nanas, satukan cuka dan juga gula. Kemudian gaulkan bersama bahan-bahan lain.
12. Nasi Minyak sedia untuk dihidang bersama Acar Nanas dan juga Ayam Masak Merah.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official