Sedapnya Pad Kra Pao Daging ni. Bagi penggemar sajian Thailand, pasti tidak asing lagi dengan menu yang satu ni. Ia merupakan salah satu sajian Thailand yang tersohor yang dimasak menggunakan daun thai basil atau daun selasih. Sangat wangi dan membuka selera. Nak cuba? Saudari Nur Haziqah ada kongsikan resipinya. Istimewanya resipi ini dipelajari dari orang Pattani, Thailand sendiri. Wow… Pasti best. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
RESIPI PAD KRA PAO DAGING DARI SELATAN THAILAND YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
200gm daging cincang Daun selasih secukupnya – cincang 1/2 biji bawang holland – hiris – beli online disini 3-4 ulas bawang putih – cincang – beli online disini Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris 1 sudu makan kicap manis – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos ikan – beli online disini Gula secukupnya Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK PAD KRA PAO DAGING:
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh guna daging segar yang dihiris nipis dan dicincang untuk rasa lebih enak. Gaul hingga daging masak.
Ads
3. Seterusnya masukkan hirisan bawang holland, daun selasih, cili padi, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan juga gula secukupnya. Gaul rata.
4. Rasa Pad Kra Pao Daging jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.
Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
DAGING BAKAR AIR ASAM
BAHAN DAGING BAKAR
• Daging lembu
• Halia
• Bawang putih
• Kunyit
CARA MEMBUAT
1. Kisar halia, bawang putih dan kunyit.
2. Perap daging dengan bahan kisar selama sejam.
3. Bakar dengan api perlahan.
BAHAN AIR ASAM
• Air asam jawa
• Potong bawang merah
• Cili api
• Daun kesom
• Tomato
• Kasturi
• Belacan (dibakar)
• Budu
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan. Boleh tambah gula merah dengan budu kalau nak.
2. Jangan mahu, boleh tambah garam dan gula.
Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau anda sediakan untuk hidangan keluarga dan tetamu di hujung minggu ni. Jom cuba…
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
4 biji buah tomato | potong dadu
100 gm daun pudina
100 gm daun ketumbar
1 liter air
200ml susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus | bakar
Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih |hiris
2cm halia | hiris halus
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
KAMBING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
4 biji kentang | kupas dan belah empat
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
2 sudu makan bawang goreng
2 pokok daun ketumbar
1 cawan susu cair/segar
1 biji lemon
1 biji bawang besar, hiris
2 sudu makan rempah briani
2 sudu makan gula Melaka
2 sudu makan kerisi
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cmhalia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
ACAR TUMIS:
BAHAN-BAHAN:
2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
1batang lobak merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
8ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari daging
2 cm halia hiris memanjang
2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
Kebiasaannya, kita pasti akan merebus daging jika mahu mendapatkan daging yang lembut. Tetapi kali ini, kami akan berkongsi satu petua untuk melembutkan daging dengan hanya menggunakan minyak. Petua yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan ini ternyata cukup mudah. Jom kita cuba buat di rumah.
CARA MELEMBUTKAN DAGING:
1. Letakkan dua sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tersebut.
4. Gunakan api yang kuat.
5. Kacau daging tersebut sekali-sekala sahaja. Masak sehingga air kering.
6. Bila air hampir kering, barulah kacau daging tersebut dengan kerap.
7. Air sudah kering bermakna daging sudah lembut.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan ringkas sahaja caranya. Selamat mencuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!