Pad Thai sangat popular di kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand. Pergilah kemana sahaja ceruk negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah. Pad Thai ni sangat ringkas penyediaannya dan dilengkapi dengan pelbagai ramuan menjadikan ia antara makanan wajib cuba jika berkunjung ke sana. Teringin nak rasa? Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Jom cuba.
PHAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian toskan – boleh ganti dengan kuetiau halus char kuetiau
- 1 batang fish cake | hiris memanjang
- 100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
- 2 biji telur
- 50gm tauge
- 50gm daun kucai
- 4 tangkai cili padi | hiris
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 ulas bawang merah | cincang halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
- Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
- Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
- Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
- Seterusnya masukkan pula fish cakedan udang.
- Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
- Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
- Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.