Hidangan menu Paprik memang sedap. Tidak kiralah jika ianya menggunakan ayam, daging, makanan laut atau belut, semuanya memang enak. Kuah berperisa yang separa pekat dan dicampur dengan pelbagai jenis sayuran ternyata digemari ramai. Nak cuba masak menu sedap ni hari ni? Resipi Ayam Paprik Thai perkongsian saudari HasnieZa Nor antara yang mudah dicuba. Jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI AYAM PAPRIK THAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili merah dan sedikit hirisan bawang besar hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kering kisar, sedikit pes tomyam, daun limau purut dan serai. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos cili thai dan sos tiram secukupnya.
4. Tambahkan ayam yang dipotong kecil. Jika mahukan paprik yang berkuah seperti dalam gambar diatas, masukkan sedikit air. Kacau rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
5. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Boleh abaikan jika tiada.
6. Seterusnya masukkan semua hirisan sayur. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
7. Sayur tidak perlu dimasak lama kerana jika lembik dan layu, rasa paprik jadi kurang enak.
Kredit resipi & foto: HasnieZa Nor