Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Menurut empunya resipi, puan Nurbaizura Sani, masakan anda tentunya lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!
Lauk yang simple tapi membangkitkan selera selalunya jadi pilihan. Salah satunya adalah sambal tumis telur. Tak perlu susah-susah. Rebus je telur ayam tu. Kemudian masukkan dalam sambal tumis. RASA berikan lauk telur masak sambal tumis yang sememangnya sedap dan menyelerakan.
SAMBAL TUMIS TELUR
.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Enaknya menu Ikan Merah Masak Cuka ni. Salah satu resipi lauk yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun ringkas begini, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Rasa masam-masam cuka, menaikkan lagi selera makan. Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekahini. Anda pasti puas hati.
CARA MEMASAK IKAN MERAH MASAK CUKA YANG SIMPLE & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1kg potongan ikan merah 3-4 sudu besar cuka masakan – beli online disini 10 biji cili padi merah (jangan diketuk) ½ biji timun – dipotong 1 biji tomato – belah 6 1 sudu besar biji sawi – beli online disini 1 biji bawang besar – dipotong bulat 3 ulas bawang putih – dihiris 2cm halia – dihiris 1 batang serai – diketuk 1/2 sudu teh garam 400-500ml air 1 sudu serbuk perasa 1/4 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Bilas dan lumur bersama garam serta serbuk kunyit sebelum digoreng. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi. Biarkan biji sawi meletup letup sebentar.
3. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
4. Seterusnya masukkan bawang merah dan cili padi merah.
5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Rasa terlebih dahulu supaya dapat rasa yang anda mahukan.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan timun dan juga tomato. Biarkan ianya masak dan mereneh seketika. Padamkan api.
7. Ikan Merah Masak Cuka siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi.
Coklat cip memang kegemaran anak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yang terlalu kering.
Foto : pinterest.com . Tentulah tak cantik kalau biskut ‘flat’ macam ni
Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yang rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.
1. GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM
Foto : pinterest.com
Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti
2. CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)
Foto : pinterest.com
Jika pilih nak buat biskut yang agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dalam oven yang sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.
3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK Biarkan ia berehat dalam beberapa minit dalam suhu bilik, agar ia berada kembali dalam keadaan buku yang lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi macam leceh kan tetapi ingat mentega cair yang panas tidak akan memberi hasil yang sempurna seperti mentega yang telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.
4. PUKUL TELUR SEADANYA Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.
5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG
foto : pinterest.com
Tambahkan sedikit tepung pada doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh boleh ditarik dari sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung hingga doh boleh membulat di tengah mangkuk.
6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.
7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK Perasan tak lepas bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dalam peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.
8. BISKUT BERSAIZ BESAR.
Foto : pinterest
Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, untuk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yang agak tebal memberikan rasa lebih ummph
9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN
Foto : sweet.serious.com
Walaupun anda boleh gunakan sudu, untuk mendapatkan rupa biskut yang sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan untuk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dengan tapak tangan.
10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT
Foto : pinterest
Perasan tak korang dah letak banyak-banyak coklat cip di dalam adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.
Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yang mudah dan klasik sangat…
BISKUT COKLAT CIP KLASIK
Foto : pinterest.com
BAHAN-BAHAN :
7 sudu besar mentega
¾ cawan gula halus
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/4 cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
½ sudu baking soda
¼ sudu teh garam
1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat
CARA MEMASAK :
1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni bolehlah cairkan mentega dalam keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dalam keadaan lembut..
2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul hingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur hingga sebati. Usah pukul terlalu lama.
3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dalam kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.
4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung hingga doh boleh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu banyak tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dengan senduk kering.
5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.
6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.
Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar Masa penyediaan : 45 minit Masa memasak : 9 minit
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...