Sedapnya Pasta Carbonara Mayones ni. Sesekali layankan selera ala Itali ni memang buka selera juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian KieSha IzzRul ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
CARA MASAK PASTA CARBONARA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
2 tin sos Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera.
2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
Daging kisar secukupnya
Sayur campur secukupnya
Cendawan butang
Bawang besar dan bawang putih – dipotong dadu. Jumlah ikut citarasa
Sedikit garam
Serbuk pati ayam
Ads
CARA MEMASAK:
Ads
Rebus pasta hingga lembut. Ketepikan untuk dihidangkan kemudian.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
Masukkan daging kisar.Goreng hingga masak.
Seterusnya tambahkan sayur campur diikuti hirisan cendawan butang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan sos carbonara dan air.
Masukkan mayones. Kacau lagi hingga semua sebati.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan juga garam. Sebelum tambah perisa, sebaiknya cuba dulu kuah bagi mengelakkan rasa masin yang melampau.
Biar hingga kuah mendidih. Angkat dan nikmati bersama pasta yang telah direbus tadi.
Bihun sup tumis darat memang luar biasa rasa sedapnya. Tak percaya, cuba buat. Renehkan daging sampai empuk, baru tuangkan bahan tumisan. Makan pula dengan cili kicap. Nikmat betul rasanya.
Nak tahu cara untuk membuat Bihun Sup Tumis Darat yang sedap ini? Perkongsian daripada Teratak Eja boleh membantu. Jom kita buat.
Masak atau rebus macam biasa sampai daging empuk. Guna api perlahan sahaja.
Reneh sup sampai daging cukup masak.
Boleh letak garam, ajinomoto, asam keping dan cukup rasa.
Potongkan daging nipis-nipis bila dah cukup masak.
(TUMIS DARAT)
BAHAN-BAHAN:
Minyak (untuk menumis)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 labu bawang putih (dimayang)
Rempah 4 sekawan
CARA MEMASAK:
Tumis rempah empat sekawan, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
Goreng sehingga keperangan.
Angkat dan masukkan terus ke dalam periuk berisi sup daging tadi.
Untuk hidangan, letakkan sayuran seperti tauge dan daun bawang.
Taburkan bawang goreng. Boleh dinikmati bersama cili kicap.
NOTA: Cara buat cili kicap. Kisarkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi yang telah digoreng sehingga layu. Masukkan sekali kicap, garam, gula dan cuka.
Untuk anda yang sedang berdiet dan tidak ada selera makan, jom cuba menu Thai yang sihat dan sedap ni iaitu Bihun Celup dan Nasi Air. Sudahlah sedap senang pulak nak masak. Sangat sesuai untuk hidangan makanan malam sekeluarga
BIHUN CELUP THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumba
r | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Celup sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
NASI AIR THAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air rebusan tulang/daging
3 hirisan halia | titik
2 ulas bawang putih | titik
1 batang serai | titik
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN SUP:
5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia | titik
2 ulas bawang putih | mayang halus
3 ulas bawang merah | mayang halus
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
6 ekor udang | dicelur
2 ekor sotong | dicelur
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawnag
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Tuangkan sup dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.
Nikmatnya jika dapat makan makanan bersup yang panas-panas, lebih-lebih lagi ketika hujan. Mi Champa merupakan antara resipi mi berkuah yang wajib anda cuba masak sendiri di rumah. Rasa sendiri, anda pasti akan jatuh cinta. Jom kami kongsikan resipi Mi Champa oleh Puan Tahrunnisah Jali.
RESIPI MI CHAMPA
BAHAN KUAH:
1 1/2 – 2 kg daging lembu serta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* – dipotong 4
3 biji bawang besar* – dipotong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* – dihiris nipis
Seekor sotong kering sebesar tapak tangan
Daun ketumbar seikat
Daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
Gula
Garam
Perasa jika suka
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam. Kemudian, buang air rebusan daging serta kotoran. Kemudian, masukkan air, tulang, daging dan rebus kembali dalam 30 minit. Jika air rebusan masih berbuih-buih atau keruh, buang lagi airnya. Masukkan lagi air baru dalam 3 liter dan rebus sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 hingga 6 jam.
2. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, kayu manis, bunga cengkih dan sotong kering.
3. Kemudian, masukkan rebusan tulang ke dalam bahan-bahan yang sudah dibakar tadi.
4. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan.
BAHAN SAMBAL LADA:
4 biji cili besar merah*
20 – 30 biji cili api*
2 sudu besar cuka
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus bahan-bahan bertanda * sehingga layu.
2. Kemudian, toskan dan kisar bahan-bahan tadi bersama cuka dan garam sehingga hancur.
3. Siap.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
3 labu bawang putih
1 cawan minyak jagung
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong halus bawang putih.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dipotong halus.
3. Goreng sehingga kekuningan.
4. Siap.
BAHAN TAMBAHAN:
Kuey teow, mihun, mi champa
Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Taugeh
Kicap
Serbuk lada sulah atau lada hitam
Gula (tambahan jika anda suka manis)
Sos ikan jika perlu
INFO TAMBAHAN:
Sewaktu nak ambil kuah untuk dituang ke dalam mangkuk mi, pastikan anda tapis menggunakan penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tidak masuk ke dalam mangkuk mi tersebut.
Sebelum makan, anda boleh letak kicap, perah limau, sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam atau lada sulah, sos ikan jika suka dan juga gula kalau anda suka manis. Bahan tambahan adalah penyedap mi sup anda.