
Anda dan keluarga suka makan pasta? Ini ada resipi Pasta Udang Berkrim yang sangat mudah, sedap dan sesuai cuba masak di rumah. Malah penggunaan bahan-bahannya juga tidak banyak dan mudah diperolehi. Jom cuba. Tentu kena dengan selera anda sekeluarga.
RESIPI PASTA UDANG BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
- 100gm udang | buang kulit
- 200gm pasta rebus
- 250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
- ½ biji bawang Holland | dadu kecil
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 150gm mentega
- Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
- Sedikit daun parsli | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.
5. Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.
6. Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan sebelum dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asam Laksa Original Chinese Style Terlajak Sedap

Isi Kandungan
ToggleAsam laksa Chinese style ini memang sedap dan membuka selera. Asam laksa adalah sup mee beras berasaskan ikan yang menghasilkan rasa masam dan pedas Ia lebih digemari di kalangan orang Cina.
Rasanya berbeza dengan laksa Penang ye. Ikut saja resipi daripada Fa Ying ini ye.
ASAM LAKSA CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
Laksa
1kg Ikan sardin/selayang (rebus dengan garam dan asam keping)
2 sudu besar asam jawa (bancuh dengan air) – boleh beli online di sini
2-3 kuntum bunga kantan (belah dua)
Daun kesum
Air
Garam
Serbuk perasa (pilihan)
Sedikit minyak masak – boleh beli online di sini
-Bahan Pes (Kisar):
Bawang besar
Bawang merah – boleh beli online di sini
1 batang bunga kantan
2 inci lengkuas – boleh beli online di sini
1 inci kunyit hidup
5 batang serai – boleh beli online di sini
10 keping asam gelugur – boleh beli online di sini
Cili merah – boleh beli online di sini
Cili kering – boleh beli online di sini
2 sudu besar belacan (bakar)
Bahan Sampingan (Condiment):
Daun pudina
Nanas (potong kecil)
Bunga kantan (racik)
2-3 sudu besar otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
Timun (hiris)
Salad (hiris)
Bawang besar (hiris)
Cili api (hiris)
Cara Memasak Asam Laksa:
Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumis bahan kisar. Tumis pakai minyak sikit saja, sampai naik bau.
Bila dah wangi, masukkan bahan asam jawa. bunga kantan dan daun kesum.
Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini ok. Jangan dihancurkan isi ikan. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.
Kemudian masuk semua air rebusan ikan tadi dan tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat. Ni kena pandai-pandai lah ye.
Last skali, tambah otak udang, garam, serbuk perasa (kalau guna) secukup rasa.
Otak udang ni rasa dia manis tau. So kalau letak terlebih kuah korang jadi terlajak manis. So hati-hati.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Enaknya Mi Kuah Daging, Ubi Keledek Merah Buat Kuah Tambah Lazat
Kuetiau Kungfu, Makan Dengan Cili Padi Potong Memang Padu Rasanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Pelbagai Hidangan Kuey Teow Mudah & Memang Sedap!

Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow.. Siapa penggemar kuey teow bolehlah cuba resipi-resipi ni! Selamat mencuba!
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
BAHAN (A)
- 1/2 kg kuey teow
- 3 biji telur – pukul hancur sahaja
BAHAN (B)
- 5-7 ulas bawang putih – cincang halus
- Udang dan sotong jika suka
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN (C)
- 1/2 sdm sos tiram
- 1/2 sdt kicap cair
- 1sdt kicap pekat manis
- 1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
- 1/2 sdt pitis otak udang
- 1 sdm sos cili *Satukan sebati*
- Tauge secukupnya
- Daun kucai jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehingga udang bertukar warna.
- Kemudian masukan bahan (A) kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukkan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
- Kemudian masukkan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada mee dan akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teow tidak hancur*
Kredit resipi & foto: Sue Norrman
KUEY TEOW LADNA
BAHAN-BAHAN
- Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
- 1 bungkus kuey teow
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 4 biji cili padi | ketuk
- 1 biji kiub ayam
- Sotong/ udang/ayam secukupnya
- Sawi, lobak merah, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Gaul kuey teow dengan sedikit kicap. Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuey teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
- Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
- Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, lobak merah, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam, sawi dan udang. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
- Setelah siap, tuangkan ke atas kuey teow tadi.
Kredit resipi & foto: Rohah
KUEY TEOW CANTONESE
BAHAN-BAHAN
- 300 gram kuey teow
- 5 ketul ayam -dipotong kecil
- 8 ekor udang
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1 biji telur -dipukul sedikit
- Sayur paksoy
BAHAN A
- 2 sudu kecil kicap soya
- 1 sudu kecil tepung jagung
- Secubit serbuk lada sulah
BAHAN B
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap soya
- 1 sudu kecil gula
- 2 cawan stok ayam (resipi ni guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)
BANCUHAN TEPUNG JAGUNG
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
- Perap ayam yang telah dipotong kecil dengan kicap soya dan sedikit lada sulah. Biarkan sekejap.
- Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan satu sudu besar kicap soya dan kemudian masukkan kuey teow. Balik-balikkan sehingga keperangan. Angkat.
- Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Masukkan udang. Biarkan seminit dan kemudian masukkan bahan B.
- Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur paksoy dan bancuhan tepung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api. Masukkan telur yang telah dipukul.
- Kacau kuah dengan laju dan curahkan kuah di atas kuey teow. Sedia untuk dimakan.
Kredit resipi & foto: lilly
KUEY TEOW KUNGFU
BAHAN-BAHAN (KUEY TEOW)
- 1 paket kuey tiow – basuh dan toskan
- 2-3 biji telur untuk celup
- ½ sudu kecil lada sulah
- Minyak untuk menggoreng 3 senduk
BAHAN-BAHAN (KUAH)
- 1 bahagian dada ayam – potong dadu
- 10 ekor udang
- 3 biji bawang putih – cincang
- 4 baby corn – hiris serong
- 1 batang lobak merah – hiris
- 1 ikat kailan – potong panjang
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 kiub ayam
- 2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan air
- Air – agak-agak berapa banyak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak.
- Pukul telur dan masukkan lada sulah.
- Bahagi kuey tiow kepada 4-5 bahagian. Ambil 1 bahagian dan masukkan ke dalam telur.
- Kaup kuey tiow dengan senduk supaya dapat telur sekali. Masukkan dalam minyak yang dah panas.
- Goreng hingga perang dan balikkan.
- Angkat setelah kedua belah masak.
CARA PENYEDIAAN (KUAH)
- Panaskan 1 sudu minyak masak.
- Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, air dan kiub ayam.
- Masukkan isi ayam, lobak merah dan baby corn. Masak hingga isi ayam masak.
- Masukkan udang dan kailan dan tunggu hingga masak.
- Masukkan lada sulah, dan garam secukup rasa.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat.
- Angkat dan hidangkan kuah bersama kuey tiow yang digoreng tadi.
Kredit resipi & foto: Farah Sanusi
Nikmati Kuetiau Sup Ala Kopitiam, Hasil Air Tangan Sendiri

Jika jemu menggoreng, kita merebus. Jika bosan dengan kuetiau goreng, apa kata kita tukar dengan kuetiau sup pula. Buat cita rasa ala kopitiam. Bahan-bahan pun ringkas, dan mudah juga nak buat.
Selera kita memang berubah-ubah. Kadang kala rasa teringin nak ke kopitiam, tapi malas sungguh nak bersiap keluar. Jadi, cara paling mudah, buat saja kuetiau sup ini demi memenuhi selera. Resipi mudah ini ada dikongsikan oleh Siti Rahayu Ahmad. Jom kita buat. Cili kicap dan garlic oil tu yang buat lagi terangkat rasanya.
KUETIAU SUP ALA KOPITIAM
BAHAN-BAHAN:
Kuetiau (cuci untuk buangkan lebihan minyak)
Sayur sawi pakchoy (dicelur)
(SUP)
Isi ayam
Fish ball
Fish cake
1 kiub pati ayam – Boleh beli online di sini
White pepper – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Rebus isi ayam hingga mendidih.
Masukkan fish ball dan fish cake.
Masukkan 1 kiub pati ayam dan white pepper.
Keluarkan isi ayam daripada kuah sup.
Sejukkan dan carikkan isi ayam.
(CILI KICAP)
BAHAN-BAHAN:
Cili padi
Kicap masin – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Potong cili dan campurkan dengan kicap masin.
(GARLIC OIL)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
Minyak – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Cincang 1 labu bawang putih. Boleh pakai chopper untuk memudahkan.
Masukkan minyak ke dalam kuali kecil dan masukkan bawang putih tadi.
Hidupkan api, gunakan api yang kecil sahaja.
Kacau hingga bawang garing dan kekuningan.
Kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus, nanti pahit.
CARA HIDANGAN:
Masukkan kuetiau ke dalam mangkuk. Susunkan isi ayam.
Sendukkan sup berserta fish ball dan fish cake.
Masukkan cili kicap dan garlic oil.
Sedia dinikmati.
Kredit: Siti Rahayu Ahmad
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Lempeng Kelapa Cicah Sambal Bilis, Menu Sarapan Gamit Kenangan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official