Peria goreng rangup memang sedap! Nampak macam biasa je tapi sayur ni mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit. Selain dijadikan ulam, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Goreng Rangup. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Noorfaizah Aziz ni hanya guna 2 bahan. Memang mudah. Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK PERIA GORENG RANGUP GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- Peria katak
- Tepung goreng serbaguna
- Air garam
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis dan pastikan ketebalannya sama.
2. Rendam dalam air garam seketika anggaran 30 minit. Kemudian toskan dan lap sedikit peria menggunakan tisu supaya tidak terlalu basah.
3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng peria hingga garing.
5. Angkat dan toskan minyaknya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama.
Kredit resipi & foto: Noorfaizah Aziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelbagai Jenis Hidangan Tempe..Ratah Macam Tu Je Pun Sedap!
Tempe merupakan sumber protein yang diperbuat dari kacang soya. Pelbagai jenis hidangan berasaskan tempe boleh dihasilkan. Penggemar tempe boleh la cuba resipi-resipi ni..Sememangnya mudah dan sedap!
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | hiris menyerong
- 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
- 2 ulas bawang putih | titik
- 8 biji cili padi | hiris
- Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh air asam jawa
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
- Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
- Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:
INFO CHEF: Jika suka boleh ditambahkan dengan hirisan daging atau ayam
SAMBAL TEMPE GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | hiris
- 2 biji kentang | hiris nipis
- 1 keping tauhu | potong dadu
- 1 keping fucuk | rendam dan potong kecil
- Sedikit suhun | rendam
- 1/2 keping dada ayam | hiris nipis
- 4 batang kacang panjang | hiris serong
- 1/2 batang lobak merah | hiris
- Sedikit hirisan kubis bulat
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 biji cili hijau | hiris
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 sudu the air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRISAN:
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 10 tangkai cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe, tauhu dan kentang sederhana garing. Angkat dan tos.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata sehingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan isi dada ayam, diikuti fucuk, kacang, lobak merah, cili merah dan hijau.
- Seterusnya masukkan pula suhun dan bahan hirisan yang digoreng tadi. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.
TEMPE GULAI DARAT BERSAMA TULANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket tempe |potong empat segi
- 1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
- 1 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 mangkuk santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 2 biji cili merah
- 6 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
- Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
- Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
- Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh goreng dahulu tempe sebelum dimasukkan di dalam gulai.
TEMPE MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR ITIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket tempe | hiris lebar
- 3 biji telur itik
- 2 mangkuk santan kelapa
- 1 helai daun kunyit |simpul
- 1 batang serai |titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, serai,daun kunyit dan asam gelugor.
- Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
- Setelah mendidih, kecilkan api dan pecah telur di dalamnya, satu persatu.
- Selepas beberapa minit masukkan pula hirisan tempe dan biarkan mereneh seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan telur masin, jika suka. Cara memasak tetap sama.
SAMBAL TEMPE BERSAMA KACANG TANAH DAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong dadu kecil
- 1/2 cawan kacang tanah | bersihkan dari kotoran
- 1/2 cawan ikan bilis mata biru
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe, kacang tanah dan ikan bilis secara berasingan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam Jawa dan kacau lagi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan terus kacau hingga bahan tumisan pekat.
- Akhir sekali, masukkan bahan goreng garing tadi, kacau rata dan tutup api.
- Hidangkan dengan nasi panas.
INFO CHEF: Simpan sambal dalam bekas kedap udara jika tidak sedia dihidangkan terus
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
- 1biji telur
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan Sos Cili Thai
- 1biji cili merah | cincang halus
- 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
- Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
- Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Enak sebagai hidangan appetizer
Cara Buat Bawang Goreng Yang Comfirm Rangup, Sedap & Tak Hangus.
Saya suka masak sup di rumah. Biasanya saya akan hidangkan bersama sambal kicap dan sedikit taburan bawang goreng. Masalahnya, saya kurang gemarkan bawang goreng yang dibeli kerana kadang-kadang terbeli yang sudah agak lama. Rasanya kurang sedap dan berbau hapak. Macam mana nak buat bawang goreng yang sedap sendiri?
Persoalan ni pastinya pernah terlintas di fikiran anda kan? Bila buat sup, selain daun sup yang membangkitkan aroma, ramai yang suka menikmatinya bersama bawang goreng. Biasanya kita hanya akan menggunakan bawang goreng segera yang boleh dibeli di kedai.
Ada juga yang lebih suka membuat bawang goreng sendiri. Macam mana cara yang sebenar untuk membuat bawang goreng yang rangup dan rasanya enak ?Ada yang cuba buat bawang goreng homemade tapi akhirnya menjadi hangit kerana dibiarkan terlalu lama dalam kuali dengan harapan untuk menjadikannya rangup.
Tak mengapa…Ada cara lain yang boleh anda cuba. Ini panduan membuat bawang goreng yang anda perlu tahu.
PANDUAN MASAK BAWANG GORENG YANG SEMPURNA
Cara paling mudah untuk membuat bawang goreng adalah:
1. Kupas bawang. Kemudian direndam di dalam air garam selama 10 minit.
2. Bilas bersih sebelum dihiris nipis.
3. Masukkan tepung gandum ke dalam hirisan bawang dan gaul rata.
4. Goreng bawang atas api sederhana sehingga garing.
5. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama dan lebih wangi dan rangup.
INFO CHEF: Untuk hasil bawang goreng yang terbaik, pilih bawang merah yang berkualiti dan tidak layu. Selain itu, sebaik-baik bawang merah yang sesuai digoreng adalah yang bersaiz sederhana.
Cara Buat Telur Mata Elok Tak Melekat.
Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui. Tipnya adalah seperti berikut:-
Guna Kuali Leper Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas untuk menggoreng sahaja.
Cara Goreng
Panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur. Gunakan api sederhana sahaja, jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi telur akan hilang.
Tutup Kuali
Boleh juga tutup kuali dan biarkan beberapa minit, tujuannya supaya kuning telur boleh masak tanpa perlu dibalikan dan mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terpulang pada cita rasa.
Senangkan kalau ikut cara yang betul ! Orang bujang boleh amalkan tip ini.