Cara Masak Pulut Guna Rice Cooker, Hanya 15 Minit Jer Mudah Dan Pantas!

Share

Penggemar pulut tapi tak tau masak taua masih belum punya pengukus janga risau. Kalau betul nak buat hanya perlu guna periuk nasi pengganti periuk kukus. Hanya ambil masa 15 minit jer memang lembut dan elok hasilnya. Ikut resipi ni gerenti tak kecewa.

 

RESIPI PULUT

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan pulut
  • 1 cawan air panas *
  • 1 cawan santan *
  • 1 sdb minyak masak *
  • 1 sdk garam *

CARA MEMASAK:

1) basuhkan beras pulut
2) kemudian masukkan kesemua bahan yg bertanda * ke dalam periuk rice cooker dn tekan tombol utk memasak
3) bila nampak wap panas keluar,buka penutup rice cooker dn kacau pulut..ini utk mengelakkan pulut jadi berketul..
4) kemudian biarkan sehingga pulut betul2 masak dn siap dihidangkan..

siap,mudah dn ringkas 😘

Nota: pulut boleh dimakan bersama durian,mengenangkan sekarang durian murah, makan dengan mangga atau
dimakan dengan ikan masin pon boleh..lagi sedap..

Kongsi resipi: Ya Norma

 

Published by
Mastura Abu Kassim