Sedapnya Putu Halba. Guna acuan lompang je! Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, bukan selalu dapat menikmati kuih ini.
Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati.
Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Noor Amirah.
RESIPI PUTU HALBA HOMEMADE & SEDAP KUKUS GUNA ACUAN LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 kg ubi kayu
3 sudu makan halba – boleh kurangkan ikut citarasa
Gula melaka – cincang halus. Boleh digantikan dengan gula perang.
CARA MEMASAK: 1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat. 2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
3. Ubi kayu yang siap diparut. Perah parutan ubi kayu tadi hingga betul-betul kering. Lebih mudah kalau perah guna kain.
4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai. 5. Untuk memasak, ambil acuan lompang dan masukkan sedikit parutan ubi kayu. 6. Kemudian masukkan gula melaka dan akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
7. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. ( ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut.
INFO: 2 kg ubi kayu akan dapat 60 biji putu halba bersaiz kuih lompang
Bila tiba raya, hidangan tradisi seperti Ketupat Lemak Manissemestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari Che Na Pokteh ni boleh dicuba. Sangat sedap kerana ada penambahan pulut hitam dan juga kacang. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KETUPAT LEMAK MANIS @ KETUPAT KACANG PULUT HITAM
1.Gaul beras pulut bersama pulut hitam. Kemudian kukus sehingga masak.
2.Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian gaul bersama santan yang telah dicampur dengan garam. Sukatan garam agak-agak sahaja.jangan masin sangat.
3.Kemudian kukus pulut sekali lagi hingga masak.
4.Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas. Gaul dengan gula hingga sebati. Sukatan gula juga ikut selera masing-masing.
5. Setelah sebati baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.
6.Bungkus pulut dengan daun palas kemudian kukus sekali lagi hingga daun palas bertukar warna.
7. Angkat, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
INFO: Jika nak buat Ketupat Lemak, tidak perlu tambah gula.
Kalau ikut stail masak orang dulu-dulu kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.
Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan. Jom semak resipi kuih bakar tradisional.
CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.
Saiz hidangan : 30 ketul kuih Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut
INFO CHEF: Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.
2. KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur
2 cawan santan /santan kotak yang pekat
1 cawan air /kisar bersama 5 helai daun pandan dan tapi
Secubit garam
Pewarna hijau jika suka
1 sudu teh esen vanila jika suka
Bijan secukupnya/ disangai sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.
Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci) Masa memasak : 45 minit hingga sejam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan
INFO CHEF: Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.
3. BINGKA UBI @ BENGKANG UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu /sukatan selepas diparut
2 cawan santan pekat /daripada 1 biji kelapa
3/4 cawan gula pasir
Sedikit sagu daripada ubi kayu
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7. Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.
Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in) Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis
INFO CHEF :Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.
4. KEK PISANG
BAHAN-BAHAN :
5 biji pisang emas /dilecek
1 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred B
Bahan diayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan lain
1 sudu kecil esen vanila atau ekstrak vanilla @ esen pisang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.
INFO CHEF: Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.
Aduh geramnya tengok bila masak pau menjadi gebu dan lembut. Mungkin yang tidak menjadi dengan elok kerana teknik memasaknya tidak betul. Pau boleh dipelbagaikan rasa dengan inti sama ada manis dan juga pedas.
Ada lagi ke yang nak resipi pau paling ringkas terlajak gebu? Nah dikongsikan resipi oleh Rozita. Moga pau anda gebu gebas lepas ini.
JOM TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Kek Berries Selembut Kapas
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 1/2 sudu kecil mauripan
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
Cara memasak:
1.Gaul semua di atas.
2.Kemudian masuk air.
3.Uli hingga menjadi doh. Uli lama sikit untuk menjadikannya gebu.
4.Buat bulat-bukat dan letak inti yang disukai.