Bila sebut pasal rendang, aduhai tak usah cakaplah. Terbayang saja dah buat kecur air liur. Makan pula bersama nasi panas, memang tak pandang kiri kanan! Tapi pernah dengar tak pasal Rendang Ikan Bilis? Haa, senang sangat nak buatnya sebab hanya guna 5 hingga 6 bahan sahaja. Nak lagi sedap, makan dengan pulut kuning memang mengancam! Jom kita tengok bagaimana nak sediakan Rendang Ikan Bilis!
RESIPI RENDANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2-3 genggam ikan bilis – beli online disini
3 sudu besar cili kisar
BAHAN KISAR:
1 ½ biji bawang besar – beli online disini
7 biji bawang putih – beli online disini
Halia, kunyit hidup, lengkuas masing-masing sebesar ibu jari
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai sehingga naik bau, atau naik minyak.
2. Kemudian, masukkan asam keping dan santan. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Jika sudah elok rasanya, bolehlah masukkan ikan bilis, kacang panjang, cili hijau dan daun kunyit.
4. Kacau rata, tunggu sehingga kacang panjang sedikit lembut dan bolehlah diangkat serta dihidangkan.
Selamat mencuba!
SEDIKIT TIPS:
1. Untuk ikan bilis, memang terdapat pelbagai pilihan jenis ikan bilis yang dijual dengan harga berbeza. Sebaiknya, anda pilihlah ikan bilis yang nipis dan berwarna agak cerah. Nak tahu sebab apa? Dikatakan ikan bilis jenis ini lebih sedap dimakan dan mudah garing dimasak berbanding dengan ikan bilis yang gelap kehitaman.
2. Bawang merah – bahagian ini pun penting juga tau. Dalam banyak jenis bawang merah, seeloknya anda gunalah bawang merah kecil dari India. Ini kerana bawang merah jenis ini dikatakan kandungan airnya kurang dan menjadikan mudah garing apabila dimasak.
Oleh: Ibnatie-Aziza Mat Roff
Kredit resipi & foto: Zatil Sabrina Zainul Arriffin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official