Menu rendang jering ini agak ‘rare’ tapi bagi peminat jering mungkin akan menyukainya. Cuma untuk menyediakannya perlu tahu beberapa kaedah terutama untuk memastikan jering cepat empuk dan perut tak memulas selepas makan.
Bagi peminat jering yang nak cuba membuat rendang ini boleh guna resipi yang dikongsi Puan Sutera Ayu.
50 biji jering tua -kupas dan belah dua
1kg gram santan pekat segar
100 gram cili kering (rebus)
200 gram bawang merah kecil
100 gram bawang putih
50 gram ketumbar biji
100 gram buah keras
10 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
100 gram halia
100 gram langkuas muda
5 lembar daun kunyit
5 batang serai memarkan
10 lembar daun limau
2 sudu makan stok ayam (pengganti perisa)
100 gram gula merah
5 keping asam jawa
2 sudu makan garam(secukup rasa)
2 sudu makan gula putih
1 sudu teh jintan manis
1 suduh teh jintan putih
100 gram cili serbuk babas
2. Dalam pada itu ambil jering yang dikupas ketuk perlahan-lahan supaya lembut dan sedap dimasak.
3. Dalam periuk, panaskan air guna api besar. Selepas mendidih masukkan daun limau, serai yang diketuk bersama sedikit garam. Kacau rata dan masukkan jering. Fungsi daun limau adalah untuk mengurangkan bau jering.
4. Rebus selama satu jam setengah atau dua jam dengan api sederhana. Sekiranya mahu menambah air, didihkan dulu baru tuang dalam periuk berisi jering. Jika tambah air sejuk, jering akan lambat empuk. Selepas itu angkat jering dan tos.
5. Kisar bahan bumbu, kecuali bunga pelaga dan bunga lawang. Kemudian serai diketuk, kunyit hiris nipis-nipis.
5. Tumis semua bahan di atas sampai naik minyak. Kemudian masukkan santan yang sudah rebus tadi sekali dengan jering. Masukkan gula, garam, asam keping dan stok.
6. Perlahankan api dan kacau jering hingga rendang terbit minyak. Siap masak, tutup api.
Selamat mencuba!
Sumber: Sutera Ayu