Cara Masak Rendang Kerang Gerenti Jadi, Sedap Untuk Raya.

Share

Tidak dinafikan Rendang Kerang memang sedap, cuma nak mengopeknya ambil masa, tapi bila sudah masak berbaloi dengan rasanya yang sedap. Resipi lebih kurang masak rendang yang lain, cuma anda tidak perlu tunggu lama di dapur kerana tidak perlu masak lama. Anda yang ingin mencuba, berikut resipi disertakan di sini.

RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang | dibersihkan dan tos
1 liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
5 batang serai | dititik
1 keping asam gelugur
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:


15 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkus
3cm kunyit

CARA MEMBUAT:

  1. Rebus kerang seketika. Kemudian keluarkan isi dan ketepikan.
  2. Masukkan santan ke dalam kuali bersama bahan kisar.
  3. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Seterusnya, masukkan kerang, daun kunyit, serai titik, asam gelugur, kerisik, garam dan gula secukupnya.
  5. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
  6. Sedia dihidangkan
Published by
webadmin